‘ Cepat la sikit Im..aku tak suka betul la dengan kau
ni,selalu lambat.Cepatlah! mengamuk Hj. Kun nanti aku tak larat dengar mulut
dia tu membebel depan aku, aku tak rela!’ teriak Adam Hakimi. Padahal Ahmad
Imtiyaz di hadapannya sedang leka menyisir rambut di hadapan cermin. Imtiyaz
hanya memberi jelingan tajam pada adam yang kuat membebel.
‘ Eh..jeling-jeling pula..aku tinggal nanti.’ ugut Adam.
Tapi kakinya masih belum berganjak dari pintu dorm Ibnu Khaldun.
‘ Hei kau ni, mulut kau dengan Hj. Kun sama aje, tak ade
bezanya pun. Kuat membebel, cuba
sabar.’ kata Imtiyaz sambil mengusap dada Adam. Adam hanya mampu bersabar
dengan kelakuan kawan baiknya tu. Imtiyaz menuju ke katil, beg sekolah Body
Glove hitam digalas di bahunya. Syaher Yazid dan Khairul Farouq sudah terlebih
dahulu ke sekolah kerana ada perjumpaan penting.
Sememangnya Adam sangat tidak suka kalau dirinya disamakan
dengan Hj. Kun merangkumi warden asrama aspura yang gemuk dan dihiasi dengan
janggut putih paras dada. Ala-ala Santa Claus gitu!
‘ Okey, jom beratur.’ Ajak Imtiyaz sambil memaut bahu Adam. Khai
dan Syah membuntutu langkah mereka berdua di hadapan. Langkah mereka berempat
dilajukan apabila MC di depan sudah diarahkan bangun untuk nyanyian lagu
‘Negaraku’. Tiba-tiba laluan mereka berempat dihalang oleh seseorang.
‘ Kenapa lambat?’ soal Hj. Kun sambil bercekak pinggang.
‘Maaflah Hj. Kun. Kita orang cirit birit tadi, sebab makanan
kat dewan makan tadi kot.’ kata Syah mereka cerita, memang excellent kau Syah.
Detik Imtiyaz dalam hati. Apa lagi, masing-masing terus berlakon dengan
meletakkan tangan mereka di perut.
‘ Tumpang lalu Hj. Kun.’ Mereka membongkokkan badan
masing-masing tanda hormat sebelum berlari menuju ke perhimpunan.
‘ Sebagai pengetua SMK Sinar Bintang, saya ingin mengingatkan kepada para pelajar
bahawa kita perlu bangga menjadi Anak Malaysia
kerana Malaysia
bebas dari ancaman musuh. Cuba
bayangkan kalau Negara kita diancam, adakah kita masih hidup sekarang? Mungkin
hidup, mungkin tidak…tapi sekarang saya nak tekankan tentang 1 Malaysia ,
saya rasa konsep ini akan lebih berkesan jika kita melaksanakannya dengan betul
dan teratur..bla..bla..’ Ucap pengetua Ibrahim. Kalau sekali berucap, macam
pidato! Kalau diperhatikan sekeliling, ada yang tidur, ada yang dah mula
menguap, tak kurang juga pengawas yang sepatutunya bertugas menjaga kelaukuan
pelajar di perhimpunan turut tidur.
‘ Kau tahu tak pengetua ni membebal macam siapa?’ soal
Imtiyaz kepada Syah, Adam dan Khai.
‘ Macam siapa?’ soal Khai tertanya-tanya.
‘ Macam Adam! Membebel macam tak ada kerja lain. Kau,
pengetua dengan hj. Kun sama aje. Hidup dia orang memang dah disetkan untuk
membebel 24 jamlah aku rasa.’ kata Imtiyaz selamba, sejurus itu, ketawa Khai
dan Syah terburai, tapi mereka segera menutup mulut apabila pengetua memandang
tajam mereka berempat. Adam hanya membuat muka masam apabila dikatakan seperti
itu.
‘Aduh! ada spotcheck pulak. Dah la rambut aku panjang ni.’ Keluh
Syah sebaik terlihat dua orang guru disiplin sedang leka menahan pelajar rambut
panjang. Mahu tak mahu, Syah terpaksa juga melalui keadaan itu. Lengan Syah
ditarik oleh Cikgu Razlan. Syah menarik muka kesian pada kawan-kawannya.
Imtiyaz, Adam dan Khai hanya mampu memandang tanpa berbuat apa-apa.
Sebelum Syah ditarik,
sempat juga khai membisikkan kata-kata semangat pada Syah.
‘ Good luck! Aku tahu kau boleh lakukan!’ itulah kata
perangsang yang dibisikkan pada Syah.
‘ Opah kau!’ bisik Syah kembali. Khai hanya melemparkan
senyuman semanis kurma pada Syah.
Sesi pelajaran Ekonomi Asas sudah bermula, masing-masing
melakukan tugas yang disuruh oleh Pn. Surya. Tiba-tiba suasana yang sepi itu
menjadi bising apabila Imtiyaz tiba-tiba ketawa berdekah diikuti pelajar seisi
kelas serta ketawa Pn Surya.
‘ Siapa tu? Syah ke? Kenapa kepala dia gondol?’ kata
Imtiyaz, ketawa yang terhenti di kuatkan lagi.
‘ Aku rasa dia bukan Syah lah, toyol terlepas kot.’ ketawa
Adam yang masih bersisa dihabiskan.
Mana tak riuh satu kelas, Syah adalah antara pelajar yang
mempunyai rambut yang paling bergaya di dalam kelas. Sekali botak! Naik taraf
kepada pelajar yang paling bergaya dalam tingkatan.Wow! lagi tinggi pangkat!
‘ Woi! dah lah tu..lebih-lebih pulak.’ Kata Syah sambil
menutup kepalanya seraya berlalu ke tempat duduknya. Pn, Surya masih lagi
ketawa sedangkan pelajar lain dah 10 minit diam. Sampai terjatuh-jatuh kaca
mata Pn Surya kerana leka mengetawakan Syah. Semua pelajar memandangnya pelik.
‘ Emm, okey. Sampai mana kita tadi? ’ kata Pn. Surya apabila
sedar dirinya menjadi perhatian. Kaca matanya yang jatuh di hidungnya dinaikkan
ke matanya.
Pelajaran Sejarah adalah antara subjek yang paling membosankan
bagi pelajar-pelajar di kelas tersebut. Apatah lagi, subjek itu diatur pada
waktu terakhir persekolahan. Kepala Syah mula hendak terlentok di bahu Khai.
‘ Syaher! kamu ni kan tak
sah kalau tak tidur masa saya kan .’
Sergah Pn. Fathi di hadapannya. Gaya
Pn. Fathi dengan kedua tangannya di belakang dan mengeleng kepalanya membuatkan
Syaher tersedar dari lamunan.
Hanya senyuman kerang busuk yang dapat diberikan.
‘ Berapa kali saya cakap kat kamu, kalau nak tidur dalam
kelas bawa bantal. Kenapa tak bawa?’ soal Pn Fathi sambil menaikkan keningnya
menunggu jawapan.
‘ Saya lupa lah cikgu. Esok saya bawa ye.’ Jawab Syah dengan
loyar buruknya.
‘ Alah
kau..bising..biar lah..sibuk je kau nie.’ Kata Syah dengan pandangan
menyampah..backup Imtiyaz la konon. Farah hanya memberikan jelingan tajam.
………………………………………………………………………………………
‘ Im, tidur je lah kau
ni! jom pergi padang .’
Adam menggerak-gerakkan tubuh Imtiyaz apabila melihat dia begitu lena di
katilnya.
‘ Hai..budak ni tidur apa ni? Aku kejut buat tak kisah je.’
bebel Adam dalam hati.
‘ Nak kena budak ni! Siap kau Im.’ Detik Adam dalam hati.
Timbul idea yang boleh membuatkan Imtiyaz bangun dengan tindakan drastik.
Adam berjalan ke hujung katil dua tingkat tersebut. Tiang
katil digegar kuat sambil berteriak. ‘ Bangun!!! Gempa bumi!!’ Sepantas kilat
itu juga, Imtiyaz bangun dan berdiri di
sebeleh katilnya. Dengan pantas, Imtiyaz menyarungkan selipar di sudut pintu dorm
dan berlari sambil menjerit..
‘ Woi!! Keluar!! gempa bumi..gempa bumi!!’ jerit Imtiyaz
sebagai amaran bahawa sekarang sedang berlaku gempa bumi. Semua pelajar di
tingkat 3 segera keluar, pelajar di tingkat lain turut menyaksikannya.
‘Woi! Kau ni kenapa? Histeria? Ke mengigau?’ soal Syah
seraya menarik lengan Imtiyaz yang sedang leka berlari tanpa menyedari mata
yang memandang. Syah dan Khai yang baru pulang dari surau turut mendengar
amaran palsu tersebut . Kuat suara si Imtiyaz ni rupanya.
‘ Kau boleh relax je kan ?
Kau tahu tak ada gempa bumi sekarang ni. Cepat lari!’ kata Imtiyaz masih belum
menyedari. Tiba-tiba kedengaran ketawa yang sangat kuat dari dorm Ibnu Khaldun.
Ketawa milik Adam. Sampai terduduk Adam mengetawakannya, perut dipegang kuat
bagi mengelakkan dari terburai.
‘ Kurang gula punya Adam.’ Kata Imtiyaz dengan nada marah.
Dengan mata yang merah lagi menyala, kakinya laju menuju ke arah Adam. Syah dan
Khai membuntuti dari belakang. Baru sahaja Imtiyaz hendak melepaskan penumbuk
sulungnya ke perut Adam..
‘ Santa claus datang..santa claus datang..’ kata Khai
sebagai penyelamat kepada Imtiyaz. Sepantas mungkin, Imtiyaz menyorokkan
penumbuknya di belakang , masing-masing ketawa..apa yang lawak? Entah.
‘ Bunyi apa tadi? Bising sangat saya dengar.’ Kata Hj, Kun
dengan pandangan tajam. Mereka berempat segera mencari idea, Syah yang
sememangnya mempunyai banyak Idea adalah sangat diharapkan.
‘ Bising? Apa yang bising? Saya tak dengar apa-apa pun?’
kata Syah, mata dibulatkan pada Imtiyaz untuk menyambung helahnya.
‘ Ha..a’ah..bunyi apa? Mana ada kan ? kan ?’
kata Imtiyaz sambil menjungkitkan bahu dan matanya diselangkan-selangkan pada
kawan-kawannya.
‘ A’ah lah Santa Claus, eh Hj Kun. Kita orang duduk sini dah
lama dah. Tak dengar apa pun.’ Sambung Khai sambil menepuk-nepuk bahu Hj Kun.
Hj Kun memandang tajam pada tangan Khai yang begitu landing di bahunya.
Dengan gerakan slow
motion, Khai menarik dan menyorokkan tangannya. Khai yang ketawa kecil berubah
pada wajah kelat.
‘ Baiklah kalau macam tu, saya pergi dulu.Tapi ingat, kamu
berempat adalah antara pelajar asrama yang agak bermasalah. Jadi, sekiranya berlaku
kekecohan di asrama ni.Tak lain tak bukan, ianya berpunca dari kamu berempat.’
Kata Hj Kun panjang lebar sambil telunjuknya merayau-rayau di muka bereka
berempat dan berlalu pergi.
‘ Assalamualaikum Hj
kun, jalan elok-elok.Tangga tu licin.’ Nasihat Syah beriya sambil melambaikan
tangannya.
‘ Kalau nak jalan, selak janggut tu sikit. Kalau tak nanti
tak nampak.’ Sampuk Adam tiba-tiba setelah lama mendiamkan diri. Tapi,
percakapannya hanya didengari oleh mereka berempat sahaja.
‘ Kalau santa claus selak janggut. Mari sini kain kau aku
selak.’ Kata Imtiyaz tiba-tiba apabila mengingatkan punca kekecohan tadi adalah
berpunca dari Adam.
‘ Eh, jangan lah macam tu Im.Terdedah aurat aku. nanti budak
aspuri nampak, jatuhlah imej aku. Aku tak rela!’ Jawab Adam yang semakin
mengundur masuk ke dormnya. Adam terjatuh ke atas katil.
‘ Peduli apa aku! kau fikir aku tak malu ke tadi.’ Kata
imtiyaz sambil mengetap bibirnya. Badannya didekatkan pada Adam.
‘ Astagfirullah hal azim! apakah semua ini? Perkara ini
harus dilaporkan.’ Kata Qayyum sebaik melihat perlakuan Adam dan Imtiyaz, salah
seorang pelajar yang sangat alim. Ke mana pergi tasbih sentiasa di tangan,jari
leka menghitung, mulut sentiasa memuji Allah. Qayyum melajukan langkahnya ke
rumah warden.
‘ Syah, Khai! Kejar budak tu!’ arah Imtiyaz kepada dua orang
kawan baiknya yang sedang ketawa di pintu dorm Khaldun. Syah dan Khai segera
menarik lengan jubah Qayyum.
‘ Kau jangan nak bawa mulut! mana ada aku buat apa-apa kat Adam.’
Kata Imtiyaz marah.
‘ Jangan minta aku untuk bersubahat! Itu sudah mendatangkan
dosa pada aku kerana membiarkan maksiat berlaku di asrama sekolah ni.’ Kata
Qayyum dengan nada kasihan. Tasbih dipegang erat.
‘ Tapi, .kau tak ada bukti nak tuduh aku buat maksiat dengan
si Adam ni. Kalau semua tu tak betul, itu dah menimbulkan fitnah. Kau nak tahu
tak, dosa orang yang memfitnah ni sama dengan dosa orang yang melakukan
maksiat.’ Jawab Imtiyaz yakin. ‘kau tak pernah dengan aku ceramah..ambil kau!
Terlopong! Detik Imtiyaz dalam hati.
‘ Betul tu..fitnah!’ sokong Adam dengan muka beriya.
Lama Qayyum terdiam sebelum menyambung katanya.
‘ Kalau begitu..aku memerlukan 2 orang saksi untuk kes ni.’
Kata Qayyum.
‘ Aku dengan Khai boleh jadi saksi kalau mereka berdua tak
lakukan perbuatan terkutuk tu.’ Kata Syah laju.
‘ Betul!! Fitnah semata.’ Sokong Khai.
‘ semua yang kau lihat itu semuanya dusta!’ Sempat juga dia
menyanyikan serangkap lagu nasyid.
‘ Ya Allah, ampunkan hamba-Mu ini kerana hampir menimbulkan
fitnah Ya Allah..ampunkan lah aku Ya Allah sesunggun-Nya hanya kau yang mampu
mengampunkan dosaku.Amin.’ Doa Qayyum sambil menadah tanggan dengan tinggi.
Empat sekawan itu juga turut menadah tangan.
‘ Aku minta maaf kawan-kawan.’ kata Qayyum sambil bersalaman
dengan mereka berempat. Air mata jatuh di pipi milik Qayyum. Sangat sayu
hatinya.
‘ Aku maafkan kau.’ kata Imtiyaz sambil memeluk erat Qayyum.
Qayyum memegang tekaknya sebaik Imtiyaz meleraikan pelukan.
No comments:
Post a Comment