BAB 2: GENTLEMEN
IMTIYAZ TERSERLAH
Kalau sebelum ni
Syah yang sering tertidur di dalam kelas. Sekarang ni, Adam pula yang mendapat
penyakit Syah.
Kepala Adam mula
terlentok di bahu imtiyaz. Pn. Fathi telah mengorak langkah ke arah meja mereka.
Imtiyaz mulai risau, Imtiyaz cuba
mengejutkan Adam dengan menggoncang bahunya. Tapi hampa, Adam masih belum
bangun.
‘ Adam!!’
jeritan Pn Fathi boleh tembus sampai ke blok form 3. Adam bangun dan berdiri.
Matanya dibulatkan dan memandang sekeliling.
‘ Di mana
terletaknya lokasi tamadun Hwang Ho ?’ soalan
cepumas membuatkan Adam terkejut dan memandang ke belakang berharap agar
diberikan bantuan.
Syah
membisik sesuatu pada Adam dengan bersungguh-sungguh.
‘ Sebelah Times Square .’ Jawapan Adam mengundang ketawa besar
rakan sekelasnya. Ketawa Syah begitu jelas di pendengarannya.
Adam yang
baru tersedar tentang jawapannya segera menekup mulutnya. Pandangan tajam
disedekahkan pada Syah yang sedang ketawa. Ketawa Syah terhenti di situ.
Pandangan yang cukup menakutkan.
Loceng
yang berbunyi menandakan waktu rehat telah bermula. Semua pelajar SMK Sinar
Bintang berpusu-pusu keluar ibarat kambing keluar kandang.
‘ Baiklah
kelas, jangan lupa buat homework saya dan kalau sesiapa rasa nak tidur, boleh
bawa bantal.’ Perlian yang sinis dari Pn. Fathi.
‘ Aku
pelik betul dengan students sekolah ni. Kalau rehat bukan main laju
masing-masing keluar, cuba
time habis rehat. Terkial-kial balik, siap berlenggang-lenggang lagi. Sekali
aku tengok dah macam nenek aku balik dari pekan.’ Omel Imtiyaz pada 3 orang
kawannya sambil mengusap dagu diikuti dengan gelengan kepala yang menandakan
tidak senang dengan kelakuan pelajar di SMK Sinar Bintang.
‘ Sedap
bukan main mulut kau mengata orang, yang kau tolak-tolak budak 4 Orbit sampai
mulut dia cium lantai kau tak fikir pula.’ Jawab Adam yang pelik dengan
kelakuannya Imtiyaz yang cakap tak serupa bikin.
‘ Ye ke?
Aku tak perasan pula semua tu.’ Imtiyaz segera memaut bahu Adam sambil
tersenyum.
20 minit
selepas itu, loceng bergema sekali lagi dengan menggunakan bunyi yang sama.
KRING!!KRING!!
‘ Aku nak bagi
cadangan kat pengetua untuk ubah bunyi loceng ni pada lagu Taylor Swift..baru
cool!!’ Cadangan yang langsung tak bernas itu terpacul dari mulut Imtiyaz
tiba-tiba.
‘ Sekolah
bapa kau boleh lah, flush kat toilet kita tu pun belum baiki lagi sampai
sekarang. Kau dah banyak songeh.’ Keluh Khai. Pelik dengan keadaan toilet
lelaki tu. Kalau tak silap dah 3 bulan flush tu rosak. Sampai naik geli pelajar-pelajar
nak masuk.
Sedang
asyik empat sekawan itu berbual, terdengar satu suara memanggil mereka.
‘ Imtiyaz,
Khai, Syah, Adam!’ laung suara itu. Tapi nampaknya suara perempuan.
Masing-masing berpaling serentak. Pn. Fathi yang memanggil.
‘ Tolong
bawa buku saya ke kelas 3 cahaya boleh?’ Pn. Fathi sudah bersiap sedia
menghulurkan buah buku latihan kelas 3 Cahaya berserta buku miliknya.
‘ Biar
saya je lah yang tolong cikgu.’ Imtiyaz berlalu meninggalkan rakan-rakannya di
depan. Pelik dengan tindakan Imtiyaz. Selalunya dialah orang yang first lari,
sekarang nie terbalik pula.
‘ Kau
orang tak payah tunggu aku. Pergi naik dulu.’ Imtiyaz berjalan seiringin dengan
Pn. Fathi ke kelas 3 Cahaya. Kawan-kawannya masih tercengang dengan Imtiyaz.
Berubahkah dia? Tak mungkin. Detik Adam dalam hati.
‘ Aku
rasa, kawan kita tu tebiat lah.’ Mata Syah masih tidak lepas memandang Imtiyaz.
‘
Biarlah..kalau dia berubah jadi rajin pun ok juga. Boleh kita suruh dia buat
homework kita.’ Umpat Khai selamba. Ketawa terburai antara mereka bertiga,mereka
kemudiannya mengorak langkah menuju ke kelas.
‘ Wah! Handsome
lah Imtiyaz tu.’ Senyuman gadis tingkatan 3 itu tidak lekang saat melihat
makhluk ciptaan Allah itu. Tiba-tiba..
BUK!!
Jatuh
tangga. Nasib baik tak berguling.
‘ Malunya
aku!’ jerit hati gadis itu sambil menutup mata dan mengetap bibir.
‘ Macam
mana jalan ni dik? Nasib baik tak berguling masa jatuh tadi, kalau tak..
confirm adik terpilih jadi heroin Hindustan .’
Imtiyaz ketawa kecil mendengar ayatnya sendiri. Dengan spontan, Imtiyaz
mencapai beberapa buah buku yang berterabur di lantai dan menghulurkan pada
gadis tersebut.
Dengan tindakan
drastic, gadis tersebut mencapai buku yang dihulurkan dan hilang dari pandangan
selang beberapa minit.
‘ Baiknya
kau Im.’ Puji satu suara yang dikenali.
‘ Kau ni
gentlemen la Im.’ Puji suara itu lagi. Imtiyaz hanya menghulurkan senyuman
manis.
‘ thanks
lah. Aku memang baik pun sebenarnya.’
……………………………………………………………………………………………..
Tak berapa
lama selepas itu, Imtiyaz muncul di pintu kelasnya.
‘ Kenapa
kau duduk kat pintu? Dah tak reti nak masuk?’ pelik dengan tindakan Imtiyaz
yang berlainan. Memang sah tebiat. Kata Adam dalam hati.
‘ Aku
pelik. Aku rasa dah lama aku pergi, tapi mana pergi cikgu BI kita?’ Imtiyaz
memandang redup keliling kelas bagi menunggu jawapan.
‘ Teacher
tak adalah hari ni, dia ada Muet dengan budak Form 6.’ Saiful yang begitu tajam
pendengarannya menjawab spontan, tetapi mata dan tangannya tidak lepas menulis
dan menghadap buku.
‘ Ye ke?
Buat penat aku je cari plan nak masuk lambat kelas BI tadi. Tup..tup..teacher
tak ada.’ Imtiyaz menguak rambutnya ke belakang seraya tangannya menepuk meja
berdekatan pintu 4 Kasia.
‘ Jadi,
kau tolong Cikgu Fathi tadi tak ikhlas lah?’ Syah ketawa dengan tingkah laku
Imtiyaz. Semata-mata nak masuk lambat waktu BI, sanggup cari alasan yang baru
membuatnya kagum sebentar tadi.
‘ Walaupun
ada udang di sebalik mie yang mak aku goreng, hati aku betul-betul ikhlas bantu
Cikgu Fathi hantar buku kat kelas dia tadi.’ Imtiyaz berkata dengan bersungguh
diikuti mimik muka yang beriya.
Imtiyaz
duduk di kerusi guru sementara kakinya dinaikkan ke atas meja guru tersebut.
Jari-jemarinya membelek-belek dagu seraya pandangannya dilemparkan ke luar
tingkap.
Khai yang
sememangnya suka melukis cartoon anime kegitu kusyuk melukis. Lukisannya yang
unik sentiasa menjadi perhatian. Tiba-tiba lukisannya terconteng akibat dari
tangan yang tidak sengaja menolak pensil milik Khai.
‘ Kau tak
nampak ke usaha keras aku ni?!’ tengkingan Khai menenggelamkan suara
pelajar-pelajar 4 Kasia yang sedang berbual. Wajah Farah berubah kelat. Matanya
mula berkaca. Imtiyaz yang berangan jauh turut terkejut.
‘ Kau ni Khai,
cakaplah elok-elok. Kan
perempuan tu.’ Imtiyaz yang dari tadi memandang, timbul rasa kasihan dalam
hatinya melihat air mata seorang gadis jatuh di depan matanya. Jarang sekali
hal ini berlaku.
‘ Siapa
suruh kacau tangan aku? Penat aku buat. Lastly, terconteng macam ni.’
Nampaknya, nasihat Imtiyaz tidak mendatangkan apa-apa kesan pada Khai.
Terhinjut-hinjut bahu Farah kerana menangis.
‘
Farah..janganlah menangis, Khai terlepas cakap tu. Kau tak salah pun.’ Pujukan
Imtiyaz mencairkan hati Farah sekejap itu juga, Farah berhenti menangis.
‘ Baiknya
Imtiyaz. Dia pujuk aku!’ jerit hati Farah girang.
‘ Terus
senyap Farah lepas Im pujuk. Gentle la kau ni Im!’ sahutan Jijie mendapat
tepukan seisi kelas. Apa lagi, sampai telinga senyum Imtiyaz.
‘ Kau
nampak je Imtiyaz kita ni jahat. Tapi dalam hati..ada TAMAN
!’ Sokong Adam sambil menyiku Syah. Kembang jantung, berbunga-bunga taman hati
Imtiyaz dipuji sebegitu rupa.
‘ Betul
tu, hati Im memang ada taman, tadi ada budak form 3 jatuh tangga, habis
berterabur buku dia. Nasib baik ada Im, Im yang tolong perempuan tu angkat buku
dia yang jatuh. Baik hati Im! Sesuci lebaran!’ sambung Iera dengan teruja.
Tepukan 3 kali ganda lebih kuat dari tadi. Imtiyaz yang terlalu malu kerana
dipuji berlebihan, menutup mukanya dengan kedua tangan.
‘
Gentlemen? Memang tu lah gelaran yang sepatutnya bagi aku.’ Puji Imtiyaz pada
dirinya sendiri. Tapi, ayat itu hanya terluah di hatinya.
……………………………………………………………………………………………
Hari ini
hari minggu. Imtiyaz di ampaian kain di belakang, sudah berapa minggu dia tiada
baju kerana mengikut sikap malasnya. Nak tak nak, hari ini kena juga ampai
baju. Kalau tak, pakai baju Adam lah jawabnya. Maklumlah, di kalangan
teman-temannya Adam lah yang paling rajin basuh baju.
‘ Abang
Im, ada surat
untuk abang Im.’ Hulur Azfar, pelajar junior tingkatan 2.
‘ Siapa
yang bagi?’ Imtiyaz terlebih dahulu menyapukan tangannya yang basah pada seluar
sebelum menyambut surat
berkenaan.
‘ Azfar pun tak
tahu, Azfar tak nampak muka kakak tu, sebab dia tutup mulut dengan hidung dia
dengan tudung. Nampak mata je. Azfar tak dapat cam.’ Azfar berlalu pergi
selepas meminta izin.
‘ Siapa
pula yang bagi surat
kat aku ni. Mengada-ada betul.’ Omel Imtiyaz dalam hati.sampul surat
itu segera dibuka, tanpa berlengah Imtiyaz membuka dengan cermat surat itu, dan membaca
isi kandungannya.
Dear Imtiyaz,
Farah
happy sangat masa Im backup Farah hari tu. Kan bagus kalau moment tu dapat ulang
banyak-banyak kali. Detik paling indah dalam hidup Farah. Thank you sebab
backup Farah hari tu. Kalau Im tak ada, mesti Farah tambah sedih. Akhir kata..
Pecah kaca
pecah gelas,
Sudah baca harap
balas.
Farah
Lama Imtiyaz
menatap surat
itu dan akhirnya dia tersenyum sendiri.
‘ kenapa
mesti kaca dengan gelas yang pecah? Kenapa bukan pinggan? Pelik la dia ni. Tak
sastera langsung.’ Imtiyaz ketawa sendirian dengan kata hatinya.
Tanpa
berlengah, Imtiyaz melipat 4 kertas tersebut, dikoyak dengan cermat dan dengan
selamba dicampak ke tong sampah.
‘ Kalau
budak bertiga tu dapat tahu. Masak aku jadi bahan dia orang.’ Imtiyaz berlalu
membawa baldi kain ke dorm Khaldun.
No comments:
Post a Comment