‘ Laparlah,
jom ambil mangga kat rumah makcik Hajar.’ Cadang Julia seraya menarik tangan
Anis.
‘ Bosankan
cuti panjang ni.’ Anis menyuap mangga yang disalut dengan kicap bercampur
gula.
‘ Tahu tak
apa.’ Ujur Julia sambil menutup mulutnya yang penuh, dengan tangan supaya tidak
menyembur.
‘
Kadang-kadang, kalau aku bosan aku tinjau orang kat rumah sebelah guna lubang
tu.’ Julia memuncungkan mulutnya ke ukiran yang berlubang.
‘ Siapa yang
ada dekat rumah tu? Rumah tu kan kosong.’ Anis bertanya ingin tahu. Setahunya,
rumah sebelah tu dah lama kosong.
‘ Rumah ni
tempat persinggahan. Anak saudara pakcik Jamil selalu datang rumah ni. Main
PS.’ Ujur Julia panjang lebar.
‘ Kau ni, buat
project tak ajak aku pun.’ Anis merungut.
Beberapa minit
selepas itu, datang 3 buah motor memarkir di garaj depan rumah lama pakcik
Jamil. Mereka berenam menananggalkan topi keledar masing-masing disusuli dengan
gelak tawa.
‘ Kacaklah
mamat baju putih yang naik LC tadi.’ Suara Anis begitu teruja sebaik mereka
berenam masuk ke dalam rumah itu.
‘ Aku minat
yang baju hitam tadi.’ Julia pula bersuara.
‘ Kejap ye
Anis. Aku nak tambah gula, mangga banyak lagi ni.’ Julia berlalu pergi sambil
membawa piring yang berisi gula bercampur kicap yang semakin berkurangan.
Tanpa berfikir
panjang, Anis memanjat kerusi dan meninjau di lubang seperti yang pernah
dilakukan Julia. Anis tersenyum sendiri sambil menggigit bibir. Mulutnya juga
tidak berhenti membebel.
‘ Kacaknya
dia, kalau dapat ni. Ikat dalam rumah!’ Omel Anis sendirian.
Tanpa
disedari, mata tuan punya badan yang bernama Fakhrul Hafizi yang diamati oleh
Anis mendongak dengan laju ke dinding yang terukir secara berlubang itu. Anis
menurunkan badannya dengan tindakan drastik, kakinya melangkah laju masuk ke
rumah Julia.
‘ Kau ni
kenapa?’ Julia menyoal cemas. Hampir sahaja piring yang dipegangnya terjatuh ke
lantai.
‘ Dia nampak
aku! dia nampak aku!’ Anis yang kelihatan begitu cemas, menolak Julia keluar.
Fakhrul yang
berbaju putih itu, keluar dari rumahnya dan menjenguk ke rumah Julia.
‘ Hye!’ Julia
tersenyum kelat sambil menunjukkan peace ke arahnya.
Fakhrul
mengamati wajah Julia dengan mata yang dikecilkan.
‘ Bukan dia.’
Fakhrul berbisik dalam hati. Kakinya di arahkan ke rumah sebelah.
‘ Kau pergi
mana Fakhrul?’ Aidil bertanya.
Fakhrul
mengeleng dengan muka selamba.
‘ Kau kenapa
Anis? Kau tinjau mamat baju putih tadi ye?!’ Julia meneka seraya jari
telunjuknya digoyang-goyangkan dengan senyuman nakal.
Anis
meletakkan jari telunjuknya ke bibirnya, memberi isyarat pada Julia supaya
memperlahankan suaranya.
‘ Tadi aku
saja je nak tinjau, tak tahu pula dia perasan.’ Anis duduk setelah suhu
cemasnya semakin menurun.
‘ Itulah, lain
kali kalau nak tinjau, jangan lama-lama sangat. Kalau kau menatap mata,
mestilah dia perasan.’ Julia ketawa kecil diiringi gelengan kepala.
‘ Tadi masa
kau tolak aku, dia datang sini tahu tak. Tapi dia tak cakap apa-apa.’ Julia
menceritakan kejadian tadi.
‘ Iye ke? Kacak
tak dia?’ Anis menyoal dengan mulut sedikit ternganga.
‘ kacak! Gila
kau tak kacak! Macam Kamal Adli! Lagi kacak dari Kamal Adli!’ Julia menutup
mulut Anis yang masih ternganga.
‘ Okeylah
Julia, aku balik dulu, dah 6 30 dah ni. Nanti mak aku mengamuk pula.’ Anis
menyarung selipar dan berlalu pulang.
‘ Anis! Kucing
kau mana? Kalau aku jumpa, aku buat gulai nanti.’ Julia melaung pada Anis yang
sudah 100 meter di hadapan. Anis memandang ke belakang sambil menepuk dahi.
‘ Mana Timmy?
Tadi aku rasa dia main dekat garaj ni tadi.’ Anis berpusing mencari Timmy.
Julia juga turut membantu mencari Timmy. Timmy adalah kucing yang paling Anis
sayangi kerana kucing tersebut adalah hadiah dari ayahnya sempena hari jadinya
2 tahun lepas. Kucing tersebut adalah kucing parsi yang berbulu putih
kekuningan.
‘ Timmy!
Timmy! Mana kau?’ Anis melaung nama kucingnya berharap agar kucingnya menyahut
panggilannya. Julia juga turut melakukan perkara itu.
Ternyata
kucing itu menyahut juga. Rupa-rupanya Timmy berada di tangan Fakhrul Hafizi.
Bulat mata Anis memandangnya.
‘ Kucing
awakkan?’ Fakhrul berjalan ke arah Anis dan Julia. Fakhrul tahu sebaik melihat
rantai di leher kucing tersebut tertulis TIMMY. Tambahan pula, Anis dan Julia
tidak henti-henti melaung nama Timmy.
Anis
mengangguk perlahan. Fakhrul menyerahkan Timmy kepada Anis.
‘ Terima
kasih.’ Hanya itu yang mampu terucap.
‘ Jaga
elok-elok. Kucing tu cantik, kena curi nanti. Menangislah.’ Fakhrul memberikan
sedikit nasihat. Fakhrul meluncur laju dengan motor LC miliknya seusai meminta
izin.
‘ Bagus
betullah kau ni Timmy, pandai kau cari tempat nak menghilang. Aku suka dengan
kau.’ Anis menimang Timmy tinggi sambil mengusap bulu Timmy yang cantik
terjaga.
…………………………………………………………………………………………..
‘ Kau orang
mainlah dulu, aku laparlah. Nak beli makanan kat kedai hujung sana tu.’ Fakhrul
melangkah keluar dari rumah pakciknya.
‘ Fakhrul,
terlanjur tu, tolong beli coke eh.’ Didi membalas. Hanya mulutnya yang
berbicara, tapi matanya tertumpu pada permainan.
‘ Mimpi apa
kau datang rumah aku ni? Selalunya kalau aku ajak keluar, punyalah liat.’ Julia
memerli. Anis datang dengan Timmy yang sering di belakangnya.
‘ Janganlah
perli aku. Aku suka datang rumah kau ni. Seronok!’ Anis ketawa kecil. Timmy
sudah duduk di kerusi bersebelahan Anis.
‘ Awalnya dia
orang sampai. Ni yang buat aku semangat ni.’ Anis menyambung bicaranya.
‘ Kau tak
serik ke? Tak takut kalau mamat tu perasan kau lagi?’ Julia menduga. Pelik
dengan sikap Anis. Semalam bukan main cemas, sekarang nak buat lagi.
‘ Kau duduk
dulu, aku nak basuh muka kejap.’ Julia mempelawa. Sememangnya Julia baru bangun
dari lena yang agak panjang.
‘ Mana dia?
Tak datang ke? Tapi motor ada.’ Anis mengomel lagi. Matanya dikerling ke arah
motor LC di garaj.
Bahu Anis
dicuit.
‘ Janganlah
Julia. Aku tengah mencari ni. Dia tak ada pun. Tak datang ke?’ kepala Anis
menari-nari mencari kelibat Fakhrul Hafizi.
Bahunya dicuit
lagi.
‘ Kau ni tak
faham ke? Kau nak a…’ Kata-kata Anis terhenti di situ sebaik melihat mamat yang
dicarinya berada di sebelahnya.
‘ Cari siapa?’
Fakhrul sudah duduk di tembok beranda Julia. Keningnya dijungkit seraya meneguk
coke.
‘
Cari...Timmy! ye..Timmy!’ Hanya Timmy yang terlintas di fikiran Anis. Julia
masih di dalam. Lama betul!
Fakhrul
mengalihkan pandangan ke satu arah. Anis menuruti anak mata Fakhrul. Ternyata
Timmy berada di sebelahnya. Sedang nyenyak tidur.
‘ Tak perasan
Timmy ada kat sini.’ Anis mengusap lembut bulu Timmy yang halus. Beberapa minit
selepas itu, Julia keluar.
‘ kau nak apa
pang..’ Nada Julia juga terhenti sebaik melihat Fakhrul berada di berandanya
bersama Anis dan Timmy.
‘ Okeylah. Bye
guys!’ Fakhrul melangkahkan kakinya ke rumah sebelah. Sempat juga tangannya
mengusap Timmy.
‘ Saya ada
tips. Lain kali kalau nak ‘ mengintip’, pandang kiri kanan dulu.’ Fakhrul
sempat memerli Anis sebelum masuk ke rumah itu.
‘ Kantoi
lagilah tu. Lawaklah kau ni Anis.’ Julia ketawa besar melihat reaksi Anis.
‘ Lepas ni,
aku tak nak lagilah tinjau dia. Tajam betul dia perli aku.’ Anis menyarung
seliparnya dan berlalu pergi sambil membawa Timmy.
Julia hanya
diam. Kasihan Anis.
………………………………………………………………………………………......
Enjin motor
dimatikan. Fakhrul masih di atas motor. Tiba-tiba, Julia keluar untuk menangkat
jemuran.
‘ Mana member
hari tu?’ Fakhrul duduk di atas motor.
‘ Kau nak apa
jumpa dia?’ Julia mencapai kain yang jatuh ke tanah.
‘ Tak ada
apa-apa, ingatkan dia lepak kat sini hari-hari.’ Fakhrul sudah mengorak langkah
untuk berlalu ke rumah pakciknya.
‘ Dia memang
selalu lepak kat rumah aku, tapi lepas kau perli dia semalam. Dia tak nak
datang rumah aku lagi dah.’ Langkah Fakhrul terhenti. Julia memasukkan kain
jemuran ke dalam bakul dan mengangkatnya.
‘ Aku tak tahu
pula dia cepat touching.’ Fakhrul mula rasa bersalah.
‘ Dia memang
macam tu. Tak payah nak rasa bersalah lah.’ Ujur Julia. Julia masuk ke rumah
seusai meminta izin.
Fakhrul duduk
memeluk lutut di garaj. Matanya leka memadang keletah Anis yang
kebudak-budakkan bermain dengan Timmy.
‘ Apa yang kau
menungkan tu Fakhrul!’ Fakhrul tersentak apabila lamunannya diganggu.
‘ Cuba kau
tengok perempuan tu.’ Fakhrul mengarahkan telunjuknya ke arah Anis.
‘ Yang mana?
Yang main dengan kucing tu ke?’ Aidil meneka.
Fakhrul
mengangguk sambil tersenyum.
‘ Cubalah cari
awek yang elok sikit perangainya. Tak tentu arah je aku tengok perempuan tu.’
Aidil memprotes seraya mengeleng kepala.
‘ Okeylah
macam tu. Daripada menggedik, terkinja-kinja tak tentu arah depan aku.’ Fakhrul
membalas protes Aidil.
‘ Macam Mila!
Dia tu aku tengok, macam obsess dengan kau.’ Aidil menjawab pendek.
‘ Tahu tak
apa.’ Fakhrul mengangguk setuju.
…………………………………………………………………………………………..
‘ Hye Anis.’
Fakhrul memberanikan diri menegur Anis yang leka bermain dengan Timmy.
‘ Mana awak
tahu nama saya?’
‘ Julia..’
‘ Nak apa?
Saya tak tinjau awak pun.’ Anis berhenti menimang Timmy. Mukanya serius.
‘ Saya bukan
datang sebab tu. Saya cuma nak minta maaf pada awak.’ Fakhrul menunggu jawapan
dari Anis. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluarnya.
‘ Minta maaf
untuk apa?’ Anis melepaskan Timmy dari pelukannya.
‘ Sebab saya
perli awak hari tu.’ Fakhrul teragak-agak mengucapkannya.
‘ Dah lupa dah
pun.’ Anis menghulurkan senyuman ikhlas.
‘ Jom pergi
tasik tu.’ Cadang Fakhrul teragak-agak.
Anis
mengangguk setuju.
‘ Qiela,
tolong jaga Timmy ye.’ Anis berlalu masuk ke rumah untuk menukar baju.
‘ Qiela,
jangan buat Timmy macam perempuan.’ Qiela memang suka menjadikan Timmy sebagai
model. Pelbagai baju budak perempuan dipakaikan pada Timmy.
Fakhrul ketawa
kecil melihat Timmy yang dipakaikan gaun pengantin oleh Qiela. Begitu comel,
meskipun Timmy adalah jantan.
‘ Awak memang
minat kucing ke?’ Fakhrul memulakan perbualan.
‘ Ha’ah, sebab
mereka comel!’ Anis menjawab spontan.
‘ Siapa nama
awak? Lupa nak tanya.’ Anis menyoal.
‘ Fakhrul
Hafizi. Panggil Fakhrul aje.’ Fakhrul memperkenalkan diri seraya menghulurkan
tangan pada Anis. Anis menyambut mesra jabatan tangan Fakhrul.
‘ Tak lepak
dengan kawan-kawan awak ke?’ Anis memulakan topik tanpa rasa segan.
‘ Tak,
boringlah pula asyik main PS aje. Sekali-sekala, nak juga buat benda lain.’
Fakhrul menjawab spontan.
‘ 13 Disember
ni birthday saya. Ada buat party sikit. Datanglah. Ajak Julia sekali.’ Fakhrul
mempelawa.
‘ Insyallah.’
Anis menjawab pendek.
‘ Boleh bagi
nombor phone, nanti saya mesej awak alamat saya.’ Fakhrul cuba berkias.
Anis
memberikan nombor telefonnya pada Fakhrul. Hati Anis gembira berbunga-bunga
apabila Fakhrul meminta nombor telefonnya.
‘ Happylah
kau!’ Julia tumpang gembira apabila melihat Anis gembira.
‘ Tapi, aku
tak ada baju.’ Anis melepaskan keluhannya. Matanya memandang ke bawah.
‘ Tak apa.
Esok aku teman kau cari gaun yang sesuai.’ Cadang Julia.
Anis
mengangguk laju. Julia sangat pandai dalam memilih pakaian yang cantik dan
sesuai untuk seseorang.
………………………………………………………………………………………..
Julia setuju
dengan gaun yang dipilih Julia. Gaun labuh yang berwarna biru lembut yang tidak
terdedah. Rambut Anis yang ikal dililit dengan kreatif oleh ibu Anis.
Malam itu,
abang Julia, Hafiz. Baik hati untuk menghantar dan menjemput mereka dari parti
tersebut.
‘ Wah!
Besarnya rumah si Fakhrul ni. Macam istana.’ Julia kaget melihat rumah yang
begitu besar dihiasi laman yang luas serta bunga dan pokok yang menambahkan
lagi seri. Anis tidak terkata apa.
Memang tidak
diduga, undangan ke birthday party Fakhrul begitu meriah. Jemputannya lebih
dari 300 orang. Macam dalam filem orang putih pun ada.
‘ Acara potong
kek dah nak mula.’ Julia menarik tangan Anis sambil menyelit untuk berada di
hadapan sekali. Fakhrul begitu kacak dan bergaya apabila mengenakan tuksedo
suit. Fakhrul Hafizi mengulurkan senyuman pada Anis sebaik melihatnya. Anis
membalas senyuman hambar pada Fakhrul. Di sisinya, kelihatan seorang gadis
cantik yang memakai gaun hitam paras lutut.
‘ Fakhrul! Suapkan
kek itu pada perempuan yang paling awak sayangi.’ Laung deejay seusai lagu
‘Happy Birthday’ selesai dinyanyikan.
Julia sudah
mula mencuit pinggang Anis. Anis hanya tersipu malu.
Tanpa
disangka, bukan Anis yang mendapat suapan kek dari Fakhrul. Tapi gadis itu.
Gadis itu kelihatan begitu gembira. Mereka berdua berbalas pandangan dan
senyuman.
Anis dan Julia
mengambil minuman di meja hidang. Baru Anis hendak meneguk minuman itu,
seseorang melanggarnya dari belakang. Gaun Anis basah gara-gara air yang tertumpah
itu.
‘ Who are you?
I don’t think we know each other.’ Kata gadis itu dengan sombong.
‘ Kami kawan
Fakhrul Hafizi.’ Julia menjawab.
Gadis itu
menilik Anis dan Julia dari bawah hingga atas. Dia berlalu diikuti pandangan
sinis yang tajam.
‘ Anis, awak
okey?’ Fakhrul menyoal.
‘ Ya, saya
okey.’ Anis mengelap bajunya dengan tisu yang disediakan.
Tiba-tiba,
gadis tadi datang ke arah kami dan terus memeluk pinggang Fakhrul.
‘ Sayang,
penat I cari U. dekat sini rupanya.’ Lentok suaranya boleh membuatkan semua
lelaki tergoda.
‘ Mila, please
stop it!’ Fakhrul cuba melepaskan dirinya dari pelukan Mila.
‘
Menjengkelkan!’ Bisik Anis pada Julia. Hal itu berlaku betul-betul di
hadapannya.
Mila ternyata
tidak peduli dengan kata-kata Fakhrul. Baru Mila mahu mengucup pipi Fakhrul,
Fakhrul terlebih dahulu melarikan mukanya. Anis dan Julia ketawa kecil melihat
keadaan itu.
Perasaan
cemburu mula membuak apabila melihat Fakhrul berdampingan dengan gadis itu.
Dalam tengah dilamun, satu suara kasar menyapanya.
‘ Awak Anis
kan?’ Anis mengangguk tanpa soal.
‘ Saya Aidil,
kawan Fakhrul.’ Aidil bersalaman dengan Anis dan Julia. Tersenyum lebar Julia,
tidak menyangka bahawa lelaki yang diminatinya berada di sini.
‘ Kau orang
boraklah, aku nak pergi sana.’ Anis berlalu apabila melihat reaksi Julia.
Mungkin Julia dan Aidil perlu berdua untuk lebih mesra.
‘ Mana Julia?’
terkejut Anis apabila Fakhrul menyoalnya secara tiba-tiba dari belakang.
‘ Dengan
Aidil.’ Jawab Anis pendek. Anis segan dengan Fakhrul. Anis fikir, perasan
Fakhrul sama sepertinya. Rupanya, dia hanya bertepuk sebelah tangan.
‘ Dah
makan?’
Anis
mengangguk.
‘ Minum?’
Anis
mengangguk lagi.
‘ Awak kenapa?
Tak nak borak dengan saya ke?’ Fakhrul menduga.
Anis
mengeleng.
Fakhrul
menarik tangan Anis ke swimming pool. Fakhrul mempelawa Anis duduk di tepi
kolam.
‘ You look
pretty Anis.’ Fakhrul melafazkan dengan ikhlas.
Anis mencebik.
‘ Awak kenapa?
Ada masalah ke?’ Fakhrul cuba menduga lagi.
Anis hanya
diam tanpa kata.
‘ Sayang,
kenapa?’ Fakhrul memandang tepat anak mata Anis. Perkataan pertama itu
membuatkan Anis terpaku seketika.
‘ Sayang! Awak
fikir saya ni apa?!’ Anis berang apabila Fakhrul cuba mempermainkannya kali
kedua setelah dia perasan sendiri.
‘ Salah ke
saya sayang awak?’
‘ Of course
salah! Awak dah ada Mila!’ Terluah juga rasa sakit hatinya pada Fakhrul.
‘ Awak ada
nombor saya, tapi awak tak call, mesej. Awak hanya mesej alamat awak. Itu aje.
Lepas itu, awak bagi kek..’ Kata-kata Anis terhenti di situ apabila ianya
disampuk oleh Fakhrul.
‘ Saya bagi
kek pada Mila.’ Fakhrul menyampuk laju.
‘ Player!
Sanggup awak mainkan perasaan saya. Saya akui saya ni lurus bendul. Tapi, awak
tak patut ambil kesempatan!’ Anis bangun dan meninggalkan Fakhrul termangu
sendirian. Anis tidak peduli sewaktu Fakhrul cuba menghalangnya dari pergi.
………………………………………………………………………………………
Sudah hampir 3
minggu Anis tidak menjawab panggilan dari Fakhrul. Masanya dihabiskan bermain
dengan kucing tersayangnya. Petang itu, Anis dan Julia ke pasaraya berdekatan
untuk membeli-belah.
Anak matanya
tertumpu pada seorang lelaki yang cukup dia kenali, bersama seorang gadis yang
juga dia kenali. Mereka kelihatan begitu mesra.
Mila memeluk
erat lengan fakhrul sebaik dia mengetahui bahawa Anis sedang melihat mereka
berdua. Mila menghadiahkan senyuman sinis pada Anis.
‘ Tak payah
pedulilah dengan si Mila tu. Dia fikir dia lawa?’ Julia cuba menenangkan Anis
yang kelihatan berang.
Anis hanya
diam mendengar kata-kata Julia.
…………………………………………………………………………………………..
Setelah selesai
mandi dan mengeringkan Timmy, Anis menghempaskan tubuhnya ke katil. Timmy juga
ikut duduk di atas katilnya.
‘ Timmy,
kenapa aku suka dekat si Fakhrul tu?’ Anis sering berkomunikasi dengan Timmy
jika tiada Julia.
‘ Semua salah
kau! Kalau kau tak hilang dan pergi pada dia, mesti aku tak kenal pun siapa
dia!’ anis menghela nafas panjang.
Timmy hanya
mengeluarkan bunyi ‘ Meoww!’
‘ Tapi tak
mengapa, aku tetap sayang kau!’ Anis memegang Timmy dan menimangnya.
Anis mencapai
tuala mandinya apabila badannya mula rasa melekit. Seusai mandi, Anis menuruni
anak tangga satu persatu untuk ke tingkat bawah.
‘ Qiela,
berapa kali kakak cakap, jangan jadikan Timmy budak perempuan. Buka gaun itu.’
Anis mengeleng kepalanya seraya berlalu ke dapur untuk mengisi perut.
‘ Kakak, ada
orang.’ Qiela melaung dari ruang tamu.
Tetamu itu
adalah Fakhrul. Apa lagi yang dia nak?!
‘ Lama tak
dengar khabar, sibuk sangat ke?’ Fakhrul memulakan bicara.
Anis hanya
memandang sambil bersandar di pintu dan memeluk tubuh.
‘ Saya tahu awak
marah. But, please..talk to me.’ Fakhrul menyandarkan tubuhnya di tembok
beranda rumah Anis.
‘ Awak nak
saya cakap apa?’ Anis pura-pura tidak mengerti.
‘ Dahlah, saya
penatlah! Better awak balik.’ belum sempat Anis hendak menghempas pintu, tangan
Fakhrul lebih laju menolak daun pintu.
‘ Tolong
dengar penjelasan saya.’ Fakhrul merayu. Hampa, Anis masih dengan egonya. Daun
pintu ditutup kuat.
………………………………………………………………………………………….
‘ Kau salah
tentang Fakhrul, Anis.’ Aidil bersuara sewaktu dia terdengar perbualan antara
Julia dan Anis.
‘ Apa yang
salah?’ Anis mempertahankan diri.
‘ Kau tahu
tak, Fakhrul suka kau! Bukan Mila!’
‘ kalau
Fakhrul suka aku, kenapa dia beri kek birthday dia pada Mila? Dan kenapa dia
kelihatan begitu mesra dengan Mila?!’
‘ Sebab dia
hormat Mila sebagai kekasih dia. Fakhrul tak akan jalinkan hubungan dengan
perempuan lain selagi dia masih ada kekasih. Tapi, dalam diam dia suka kau.’
Terang Aidil panjang lebar.
‘ Peliknya si
Fakhrul tu.’ Sampuk Julia.
‘ Kalau
tension, Fakhrul selalu lepak kat pantai depan tu. Kau pergilah cari dia dekat
sana.’ Jelas Aidil.
………………………………………………………………………………………….
Petang itu,
Anis ke pantai yang dinyatakan oleh Aidil. Anis turut membawa Timmy sebagai
teman.
Anis berdiri
di hadapan Fakhrul yang sedang duduk di atas batu.
‘ Saya nak
minta maaf.’ Pinta Anis.
‘ Aidil dah
beritahu semuanya.’ Sambung Anis lagi.
‘ Saya dah
putuskan hubungan saya dengan Mila 4 hari lepas.’ Fakhrul bangun dan berdiri di
atas batu.
Tanpa
disedari, terdapat kucing putih yang mengesek tubuhnya pada Fakhrul. Fakhrul
mengambil kucing tersebut dan memeluknya erat.
‘ Awak tak
pernah cerita pun yang awak ada kucing juga.’ Anis terkejut melihat Fakhrul
yang kelihatan begitu menyayangi kucingnya.
‘ Awak tak
pernah tanya.’ Fakhrul menjawab.
‘ Apa nama
dia?’
‘ Tina.’
‘
Timmy..Tina..’ Anis menyebut nama kucing milik Fakhrul dan miliknya.
‘ Nama mereka
dekat dekat-dekat.’ Anis sedikit teruja. Tina juga adalah kucing parsi, tapi
berbulu putih.
‘ Itu
maknanya, kita ada jodoh.’ Fakhrul berjenaka. Anis ketawa mendengar tanggapan
Fakhrul. Anis mengusap lembut tubuh Tina.
Anis dan
Fakhrul melepaskan kucing masing-masing.
Fakhrul
menggengam erat tangan Anis. Mereka berjalan di sepanjang pesisiran pantai.
Timmy dan Tina kelihatan berjalan beriringan di depan mereka.
‘ Awak perasan
tak, disebabkan Timmy, kita rapat macam ni.’ Fakhrul melontarkan pandangannya
pada Timmy.
‘ Ye la, kalau
Timmy tak hilang masa itu, mesti kita tak kenal.’ Anis tersenyum lebar.
Fakhrul
berhenti berjalan. Pandangan mereka bertaut, Fakhrul mengeluarkan sesuatu dari
poketnya. Bekas merah tersebut dibuka. Ianya rantai silver yang tertulis AF.
Gabungan nama Anis dan Fakhrul.
‘ Will you be
mine?’ Fakhrul melutut sambil tersenyum.
Anis sudah
tersipu-sipu malu, tiada lafaz yang mampu diucapkan selain anggukan kepala
tanda setuju. Fakhrul bangun dan memakaikan rantai tersebut di leher Anis.
Masih kekal
lagi di ingatan Anis. Betapa miangnya dia sewaktu meninjau Fakhrul di rumah
sebelah.
-THE END-
No comments:
Post a Comment