Followers

Welcome To Cerpen Publisher

Ada bakat dalam berkarya? Jangan simpan dalam satu folder je. Cerpen Publisher khas buat anda yang ingin atau minat berkarya untuk mengembangkan lagi bakat penulisan anda. Apa guna bakat yang ada tapi tidak dikongsi? Ayuh hantar pada Cerpen Publisher dan kami akan publish karya anda tanpa sebarang caj tersembunyi. Biarkan rakan alam maya membaca karya anda.

Begitu juga buat anda yang suka membaca cerpen dan novel. Disini, anda boleh membaca pelbagai himpunan karya dari rakan-rakan alam maya anda.

Untuk sebarang pertanyaan. Boleh email ke cerpenpublisher@yahoo.com

Friday, January 30, 2015

4 Students nakal 3

Penulis:Ilmam Hadi

BAB 3: KHAIRUL TERIMA SURAT CINTA?!

‘ Gempaklah semalam! Hj. Kun tiba-tiba aje buat spotchecks. Nasib baik aku tak bawa benda terlarang.’ Perjalanan dari asrama ke kelas diisi dengan peristiwa petang semalam.

‘ Nasib baik handphone aku tak kantoi! Kalau tak, tahun depanlah jawabnya aku boleh dapat balik.’ sambung Khairul mengingati peristiwa tersebut.

Sesampai sahaja di kelas, mereka duduk di tempat masing-masing. Baru sahaja Khairul hendak meletakkan bukunya ke bawah meja. Ada sesuatu di bawah mejanya, ianya seperti, sampul surat.

Khairul mengeluarkan perlahan-lahan sampul surat pink yang bercorak hati itu. Adam, Imtiyaz dan Syaher memandang surat di tangan Khairul.

‘ Sejak bila pula kau main surat-surat nie? Kita ni dalam zaman IT Khai. Dah tak main dah surat-surat ni.’ Syaher ketawa melihat cara Khai berpacaran. Ketawannya diikuti oleh Adam dan Imtiyaz.

‘ Orang zaman sekarang nie, kalau jauh Email, kalau malas nak call, boleh mesej. Dan kalau kau rindu kat awek kau kat luar negara, webcam aje. Facebook, Myspace, Twitter dan lain-lain. Tak payah susah-susah hantar surat bagai.’ Sempat juga Imtiyaz mengenakan Khairul, Khairul hanya diam mendengar perbualan kawan-kawan baiknya itu. Malas hendak menganggu persepsi mereka.

‘ Tak cukup bajet kot. Itu yang kirim surat aje.’ Sampuk Adam diiringi ketawa kecil.

‘ Kau orang dah habis cakap dah?’ Khairul menyoal kawan-kawannya seraya matanya memandang Adam, Syaher dan Imtiyaz. 3 sekawan itu mengangguk sambil menghabiskan ketawa yang masih bersisa.

‘ Sebelum kau orang merepek dengan lebih lanjut. Aku sebenarnya tak tahu pun siapa yang kirim surat ni pada aku. Aku datang-datang aje, tengok surat ni dah ada bawah meja aku.’ Terang Khairul panjang lebar.

‘ Maknanya, Khairul kita ni ada secret admire lah?!’ Syaher yang begitu teruja tidak sedar bahawa dia telah tertinggi suara. Semua pelajar di kelas 4 Kasia memandangnya.

Khairul memberi isyarat muka supaya tidak menghebahkan hal ini.

‘ Bacalah, teringin pula nak tahu apa yang dia tulis.’ Imtiyaz beriya membelek-belek surat itu. Khairul segera menarik surat itu dari tangan Imtiyaz. Khairul membuka surat itu dengan cermat.

Hye Abang Khairul,

Thanks sebab sudi baca surat saya. Sebenarnya saya dah lama minat  Khairul pada abang, mungkin abang Khairul tak perasan. Tapi, saya suka tengok abang Khairul ketawa. Really cute, like baby! Saya juga suka tengok abang Khairul main bola tampar kelmarin. Sangat bergaya! Kan bagus kalau saya dapat kenal abang Khairul dengan lebih rapat.

  From,
                                                                                                Someone


‘ Siapa dia ni?’ Khairul mengecilkan matanya memikirkan siapakah gerangan orang yang mengirim surat padanya.

‘ Tak payah ambil pedulilah Khai, biasalah admire-admire tu.’ Adam cuba mengusir keresahan teman baiknya itu. Khairul memandang Adam seraya mengangguk.

Tidak lama selepas itu, Pn. Surya masuk ke kelas. Khairul segera memasukkan surat itu ke dalam sampulnya dan dimasukkan ke bawah meja.

………………………………………………………………………………………….

KRING!! KRING!!

Loceng yang berbunyi menandakan waktu rehat telah tiba. Seperti biasa, semua pelajar akan berpusu-pusu ke kantin termasuklah mereka berempat.

‘ Abang Khairul!’ Khairul segera menoleh ke belakang diikuti 3 kawannya.

Ada hadiah untuk abang.’ Perempuan itu menyerahkan keychain berbentuk hati pada Khairul.

‘ Siapa yang bagi?’ Khairul tidak menyambut pemberian itu, sebaliknya bertanya siapakah gerangan perempuan itu.

‘ Adalah, mana boleh beritahu. Nanti dia marah kita.’ Jawab perempuan itu tersipu-sipu.

‘ Dia kawan awak ke?’ Khairul cuba bertanya seperti polis. Perempuan itu hanya mengangguk dan berlalu pergi seusai keychain itu bertukar tangan kepada Khairul.

Khairul tidak mahu terlalu memikirkannya, Keychain itu disimpan ke dalam poketnya dan mereka berlalu ke kantin.

Semasa mahu pulang dari kantin, Khairul merasa tidak selesa. Beberapa kali, Khairul memaling mukanya ke belakang, kiri dan kanan.

‘ Kau ni kenapa Khai? Serba tak kena aje?’ Imtiyaz yang merasai perubahan pada Khairul turut sama memandang ke belakang, kiri dan kanan. Langkah itu diikuti juga oleh Adam dan Syaher.

‘ Entahlah, aku rasa macam ada orang tengah perhatikan aku lah.’ Khairul akhirnya meluahkan rasa tidak selesanya pada teman-teman baiknya.

‘ Aku rasa masalah kau ni berpunca dari surat pagi tadilah.’ Adam meneka.

‘ Kau orang kena tolong aku!’ Khairul tiba-tiba bersuara setelah lama mendiamkan diri memikirkan kata-kata Adam sebentar tadi.

‘ Tolong apa?’ Syaher yang sejak tadi mendiamkan diri bersuara.

‘ Tolong aku siasat, siapa perempuan tu. Tolong aku?’ Khairul meminta simpati teman-temannya. Dia begitu rimas dengan keadaannya. Sedangkan Khairul rimas dengan keadaannya dalam sehari inikan jadi artis terkenal, lagilah rimas!

‘ Kita kan sahabat, of course kita orang akan tolong kau.’ Imtiyaz menepuk bahu Khairul sambil melemparkan senyuman diikuti Adam dan Syaher.

……………………………………………………………………………………….

Hari ini hari Ahad, disebabkan Sabtu bukanlah waktu yang sesuai untuk memulakan penyiasatan. Jadi, mereka memulakan segalanya pada hari Ahad.

Lokasi : Dorm Ibnu Khaldun
Masa    : 9.00 am
Misi     : Mencari Secret Admire Khairul!

‘ Seperti yang kita tahu, surat ini kita temui di bawah meja Khairul kira-kira jam 7.15 pagi. Ini bermakna surat ini diletakkan pada awal pagi sebelum kita sampai atau sehari sebelum kejadian.’ Syaher memegang surat cinta yang diterima keluar sambil bercakap ala-ala penyiasat professional.

‘ Dalam pengetahuan aku, budak perempuan yang beri keychain berbentuk hati pada Khairul pada waktu rehat kelmarin adalah teman suspek.’ Imtiyaz menyambung dengan begitu yakin.

‘ Kau yakin ke tu teman suspek? Entah-entah orang upahan suspek aje.’ Adam menyoal Imtiyaz.

‘ Aku tahulah, kan budak perempuan tu sendiri yang cakap dia kawan suspek.’ Imtiyaz menerang panjang lebar. Adam mengangguk faham tanpa sebarang pertanyaan.

‘ Kau orang ingat tak, yang dia tulis dalam surat tu yang dia suka tengok aku main bola tampar.’ Khairul mengingat kembali separuh isi surat yang bertulis demikian. Mata Khairul dialihkan dari satu ke satu teman yang lain.

‘ Ingat. Kenapa? Nak cakap kau banggalah?!’ Adam membuat andaian sendiri. Khairul, Syaher dan Imtiyaz memandang geram pada Adam.

‘ Blurlah kau ni!’ Syaher, Imtiyaz dan Khairul bicara serentak dengan nada yang sedikit tinggi. Adam hanya tunduk membisu.

‘ Bola tampar ni aktiviti riadah kita waktu petang kan?’ Khairul cuba mengingati peristiwa itu, 3 orang temannya menagangguk laju setelah lama berfikir.

‘ Ini bermakna, suspek kita ni budak asrama juga’ Imtiyaz menjawab laju. Tangannya pantas mencatat sesuatu pada buku di tangannya.

Bahan-bahan bukti:
-          pelajar form 2
-          pelajar asrama.

‘ Buat masa ni, ni aje yang kita boleh dapat. Rasa macam tak cukup aje.’ Syaher meluahkan rasa tak puas hatinya.

‘ Esok, kita try cari orang dia.’ Khairul memberi cadangan sambil tangannya membelek keychain dan surat di meja belajarnya.

‘ Nak cari macam mana? Sekolah kita tu bukannya seorang dua perempaun. Ramai!’ Adam menjawab. Dahinya berkerut.

‘ Em..pelajar asrama perempuan form 2 tak ramai, jadi senanglah sikit.’ Khairul menjawab pertanyaan Adam setelah lama terdiam.

‘ Dan kita cari mereka berpandukan tulisan ini.’ Sambung Khairul seraya menunjuk tulisan pemilik penulis. Adam, Syaher dan Imtiyaz tersenyum gembira.

‘ Good Idea!’ sorak Syaher tiba-tiba.

………………………………………………………………………………………….

Sepeti yang dirancangkan, 4 sekawan itu memulakan penyiasatan mereka. Bermula dari pagi, Imtiyaz dan Syaher telah memerhatikan teman suspek berkawan dengan siapa. Selepas mendapat jawapan dan mencatat segala maklumat, mereka kembali ke kelas menemui Khairul dan Adam di kelas.

‘ Kita dah dapat dah tahu siapa yang berkemungkinan hantar surat cinta pada kau.’ Syaher segera memberitahu perkara itu sebaik memasuki kelas.

‘ Siapa?!’ Laju soalan itu terpacul dari mulut Khairul.

‘ Mereka berlima. Yang duduk asrama 3 orang aje iaitu Wani, Alya dan Mimi. Budak luar pula, Syaya[i1]  dan Amy.’ Tangan Imtiyaz menyelak-nyelak buku siasatan di tangannya.

‘ Maksudnya, suspek kita sekarang ni adalah Wani, Alya dan Mimi.’ Adam memotong nama Syaya dan Amy dengan pen yang sudah tersedia di meja.

‘ Sekarang ni kita cam tulisan dia pula.’ Khairul memberi cadangan.

‘ Lets do this!’ Adam berdiri dengan muka teruja.

‘ Sabarlah geng. Kita makanlah dulu, aku lapar ni.’ Tanpa disedari, loceng telah pun berbunyi yang menandakan waktu rehat telah bermula. 3 rakannya hanya menggeleng, tanpa banyak soal mereka turun ke kantin.

…………………………………………………………………………………………..

‘ Imtiyaz, kau pergilah tanya dekat Farah pasal tulisan ni.’ Khairul meminta pertolongan. Farah yang dari tadi, tidah berhenti memerhati Imtiyaz.

‘ Kenapa mesti dia?!’ Protes Imtiyaz. Sejak Farah mengirim surat itu, dia tidak begitu selesa dengan Farah.

‘ Sebab dia kan suka kau. Kau pergilah. Tolonglah aku.’ Khairul cuba memujuk dengan muka kasihan.

‘ Tapi, kenapa mesti Farah?! Orang lainlah. Aku tak selesalah dengan dia.’ Imtiyaz masih cuba mengelak dengan cadangan Khairul.

‘ Kau ni Im. Pergi aje lah. Bukan kita orang suruh kau kahwin dengan dia pun. Lagipun dia rapat dengan budak aspuri form 2. Mana ada budak lain dah.’ Syaher menjawab. Imtiyaz akhirnya mengangguk setelah agak lama mendiamkan diri.

Imtiyaz melangkah dengan keadaan terpaksa ke arah meja Farah.

‘ Hai Farah.’ Imtiyaz menyapa. Senyuman kelat dihulurkan dengan kening terangkat. Tangannya spontan menarik kerusi sambil melabuhkan punggung bersebelahan Farah.

Farah memadang Imtiyaz dengan senyuman manis yang tidak dibuat-dibuat.

‘ Nak tanya sikit boleh?’ Soal Imtiyaz teragak-agak. Kadang-kala pandangannya dilemparkan pada 3 orang rakannya di hujung kelas. Dahi Farah sedikit berkerut kerana Imtiyaz tidak bertanya apa-apa.

‘ Em..kau kan rapat dengan budak aspuri form 2.’ Imtiyaz mengerutkan dahi seraya mengetap bibir.

Farah mengangguk faham.

‘ Kau boleh tolong aku tak?’ soal Imtiyaz tiba-tiba.

‘ Tolong apa?’ kening dijungkitkan

‘ Kau kenal tak Wani, Alya dengan Mimi?’ Imtiyaz menyoal pasti. Ketidak selesaannya pada Farah berubah pada sebaliknya.

‘ Kenal. Wani dengan Alya tu satu dorm dengan aku.’

‘ Tak payahlah berkias-kias. Cakap aje lah, apa yang kau nak aku tolong?’ Farah mulai rimas dengan cara Imtiyaz bercakap.

‘ Antara budak 3 orang tu. Ada tak tulisan dia macam ni?’ Imtiyaz segera mengelurkan surat yang dilipat empat itu kepada Farah.

Farah meneliti lama surat itu. Sempat juga Farah membaca sedikit isi surat itu. Tapi diabaikan.

‘ Ni tulisan Mimi.’ Farah menjawab pasti. Jari telunjuknya diletakkan di bibirnya.

‘ Kau yakin?’ Imtiyaz cuba menduga.

‘ Aku yakin seratus peratus!’ Laju Farah mengangguk.

Imtiyaz berlalu pergi seusai mengucapkan terima kasih pada Farah atas bantuannya. Imtiyaz menceritakan segalanya pada Syaher, Khairul dan Adam. Masing-masing membuat andaian sendiri tetapi tidak Imtiyaz. Dia leka merenung pada Farah yang sedang membaca novel keluaran PTS.

‘ Im!’ Angan Imtiyaz terganggu oleh sergahan Khairul.

‘ Kau dengar tak  apa yang kita orang cakap ni?’ soalan diajukan apabila Imtiyaz tidak menumpukan sepenuh perhatian pada topic yang dibualkan.

‘ Baru tadi cakap tak selesalah, itulah, inilah. Sekarang ni, kawan kita dah sangkutlah!’ Syaher cuba memerli diiringi ketawa kecil. Rupanya Syaher perasan apa yang ditenung oleh Imtiyaz.

‘ Eh, mana ada aku tenung dia.’ Imtiyaz cuba mengelak.

‘ Sudahlah Imtiyaz, kita kawan dari form 1 lagi. Kita orang kenal lah kau Im.’ Sampuk Adam seraya menggeleng.

Imtiyaz hanya membisu.

…………………………………………………………………………………………

‘ Adik yang bagi surat kat abang kan?’ Khairul memulakan perbualan. Mereka berjumpa satu kebetulan. Mimi hanya diam sambil menundukkan mukanya.

Mimi mengangguk perlahan.

‘ Janganlah malu. Actually abang tak kisah pun kalau Mimi suka kat abang. Tapi, tak payahlah hantar surat.’ Khairul masih menunggu respon dari Mimi.

 ‘ Maaflah kalau Mimi nampak gatal dalam surat tu.’ Suaranya agak kelat. Khairul hanya diam. No idea!

‘ Sebenarnya, Mimi tulis surat tu bukan nak mengorat abang. Tapi, nak abang jadi abang angkat kita.’ Minta Mimi agak malu.

‘ Em..abang tak kisah.’ Khairul menghulurkan senyuman .






4 Students Nakal 2

Nama Pena: Ilmam Hadi


BAB 2: GENTLEMEN IMTIYAZ TERSERLAH

Kalau sebelum ni Syah yang sering tertidur di dalam kelas. Sekarang ni, Adam pula yang mendapat penyakit Syah.
Kepala Adam mula terlentok di bahu imtiyaz. Pn. Fathi telah mengorak langkah ke arah meja mereka. Imtiyaz mulai risau, Imtiyaz cuba mengejutkan Adam dengan menggoncang bahunya. Tapi hampa, Adam masih belum bangun.
  ‘ Adam!!’ jeritan Pn Fathi boleh tembus sampai ke blok form 3. Adam bangun dan berdiri. Matanya dibulatkan dan memandang sekeliling.
  ‘ Di mana terletaknya lokasi tamadun Hwang Ho ?’ soalan cepumas membuatkan Adam terkejut dan memandang ke belakang berharap agar diberikan bantuan.
  Syah membisik sesuatu pada Adam dengan bersungguh-sungguh.
  ‘ Sebelah Times Square .’ Jawapan Adam mengundang ketawa besar rakan sekelasnya. Ketawa Syah begitu jelas di pendengarannya.
  Adam yang baru tersedar tentang jawapannya segera menekup mulutnya. Pandangan tajam disedekahkan pada Syah yang sedang ketawa. Ketawa Syah terhenti di situ. Pandangan yang cukup menakutkan.
  Loceng yang berbunyi menandakan waktu rehat telah bermula. Semua pelajar SMK Sinar Bintang berpusu-pusu keluar ibarat kambing keluar kandang.
  ‘ Baiklah kelas, jangan lupa buat homework saya dan kalau sesiapa rasa nak tidur, boleh bawa bantal.’ Perlian yang sinis dari Pn. Fathi.
  ‘ Aku pelik betul dengan students sekolah ni. Kalau rehat bukan main laju masing-masing keluar, cuba time habis rehat. Terkial-kial balik, siap berlenggang-lenggang lagi. Sekali aku tengok dah macam nenek aku balik dari pekan.’ Omel Imtiyaz pada 3 orang kawannya sambil mengusap dagu diikuti dengan gelengan kepala yang menandakan tidak senang dengan kelakuan pelajar di SMK Sinar Bintang.
  ‘ Sedap bukan main mulut kau mengata orang, yang kau tolak-tolak budak 4 Orbit sampai mulut dia cium lantai kau tak fikir pula.’ Jawab Adam yang pelik dengan kelakuannya Imtiyaz yang cakap tak serupa bikin. 
  ‘ Ye ke? Aku tak perasan pula semua tu.’ Imtiyaz segera memaut bahu Adam sambil tersenyum.
  20 minit selepas itu, loceng bergema sekali lagi dengan menggunakan bunyi yang sama. KRING!!KRING!!
‘ Aku nak bagi cadangan kat pengetua untuk ubah bunyi loceng ni pada lagu Taylor Swift..baru cool!!’ Cadangan yang langsung tak bernas itu terpacul dari mulut Imtiyaz tiba-tiba.
  ‘ Sekolah bapa kau boleh lah, flush kat toilet kita tu pun belum baiki lagi sampai sekarang. Kau dah banyak songeh.’ Keluh Khai. Pelik dengan keadaan toilet lelaki tu. Kalau tak silap dah 3 bulan flush tu rosak. Sampai naik geli pelajar-pelajar nak masuk.
  Sedang asyik empat sekawan itu berbual, terdengar satu suara memanggil mereka.
  ‘ Imtiyaz, Khai, Syah, Adam!’ laung suara itu. Tapi nampaknya suara perempuan. Masing-masing berpaling serentak. Pn. Fathi yang memanggil.
  ‘ Tolong bawa buku saya ke kelas 3 cahaya boleh?’ Pn. Fathi sudah bersiap sedia menghulurkan buah buku latihan kelas 3 Cahaya berserta buku miliknya.
  ‘ Biar saya je lah yang tolong cikgu.’ Imtiyaz berlalu meninggalkan rakan-rakannya di depan. Pelik dengan tindakan Imtiyaz. Selalunya dialah orang yang first lari, sekarang nie terbalik pula.
  ‘ Kau orang tak payah tunggu aku. Pergi naik dulu.’ Imtiyaz berjalan seiringin dengan Pn. Fathi ke kelas 3 Cahaya. Kawan-kawannya masih tercengang dengan Imtiyaz. Berubahkah dia? Tak mungkin. Detik Adam dalam hati.
  ‘ Aku rasa, kawan kita tu tebiat lah.’ Mata Syah masih tidak lepas memandang Imtiyaz.
  ‘ Biarlah..kalau dia berubah jadi rajin pun ok juga. Boleh kita suruh dia buat homework kita.’ Umpat Khai selamba. Ketawa terburai antara mereka bertiga,mereka kemudiannya mengorak langkah menuju ke kelas.
‘ Wah! Handsome lah Imtiyaz tu.’ Senyuman gadis tingkatan 3 itu tidak lekang saat melihat makhluk ciptaan Allah itu. Tiba-tiba..
  BUK!!
  Jatuh tangga. Nasib baik tak berguling.
  ‘ Malunya aku!’ jerit hati gadis itu sambil menutup mata dan mengetap bibir.
  ‘ Macam mana jalan ni dik? Nasib baik tak berguling masa jatuh tadi, kalau tak.. confirm adik terpilih jadi heroin Hindustan .’ Imtiyaz ketawa kecil mendengar ayatnya sendiri. Dengan spontan, Imtiyaz mencapai beberapa buah buku yang berterabur di lantai dan menghulurkan pada gadis tersebut.
 
Dengan tindakan drastic, gadis tersebut mencapai buku yang dihulurkan dan hilang dari pandangan selang beberapa minit.
  ‘ Baiknya kau Im.’ Puji satu suara yang dikenali.  
‘ Kau ni gentlemen la Im.’ Puji suara itu lagi. Imtiyaz hanya menghulurkan senyuman manis.
  ‘ thanks lah. Aku memang baik pun sebenarnya.’
……………………………………………………………………………………………..
  Tak berapa lama selepas itu, Imtiyaz muncul di pintu kelasnya.
  ‘ Kenapa kau duduk kat pintu? Dah tak reti nak masuk?’ pelik dengan tindakan Imtiyaz yang berlainan. Memang sah tebiat. Kata Adam dalam hati.
  ‘ Aku pelik. Aku rasa dah lama aku pergi, tapi mana pergi cikgu BI kita?’ Imtiyaz memandang redup keliling kelas bagi menunggu jawapan.
  ‘ Teacher tak adalah hari ni, dia ada Muet dengan budak Form 6.’ Saiful yang begitu tajam pendengarannya menjawab spontan, tetapi mata dan tangannya tidak lepas menulis dan menghadap buku.
  ‘ Ye ke? Buat penat aku je cari plan nak masuk lambat kelas BI tadi. Tup..tup..teacher tak ada.’ Imtiyaz menguak rambutnya ke belakang seraya tangannya menepuk meja berdekatan pintu 4 Kasia.
  ‘ Jadi, kau tolong Cikgu Fathi tadi tak ikhlas lah?’ Syah ketawa dengan tingkah laku Imtiyaz. Semata-mata nak masuk lambat waktu BI, sanggup cari alasan yang baru membuatnya kagum sebentar tadi.
  ‘ Walaupun ada udang di sebalik mie yang mak aku goreng, hati aku betul-betul ikhlas bantu Cikgu Fathi hantar buku kat kelas dia tadi.’ Imtiyaz berkata dengan bersungguh diikuti mimik muka yang beriya.
  Imtiyaz duduk di kerusi guru sementara kakinya dinaikkan ke atas meja guru tersebut. Jari-jemarinya membelek-belek dagu seraya pandangannya dilemparkan ke luar tingkap. 
Khai yang sememangnya suka melukis cartoon anime kegitu kusyuk melukis. Lukisannya yang unik sentiasa menjadi perhatian. Tiba-tiba lukisannya terconteng akibat dari tangan yang tidak sengaja menolak pensil milik Khai.
  ‘ Kau tak nampak ke usaha keras aku ni?!’ tengkingan Khai menenggelamkan suara pelajar-pelajar 4 Kasia yang sedang berbual. Wajah Farah berubah kelat. Matanya mula berkaca. Imtiyaz yang berangan jauh turut terkejut.
 
‘ Kau ni Khai, cakaplah elok-elok. Kan perempuan tu.’ Imtiyaz yang dari tadi memandang, timbul rasa kasihan dalam hatinya melihat air mata seorang gadis jatuh di depan matanya. Jarang sekali hal ini berlaku.
  ‘ Siapa suruh kacau tangan aku? Penat aku buat. Lastly, terconteng macam ni.’ Nampaknya, nasihat Imtiyaz tidak mendatangkan apa-apa kesan pada Khai.
  Terhinjut-hinjut bahu Farah kerana menangis.
  ‘ Farah..janganlah menangis, Khai terlepas cakap tu. Kau tak salah pun.’ Pujukan Imtiyaz mencairkan hati Farah sekejap itu juga, Farah berhenti menangis.
  ‘ Baiknya Imtiyaz. Dia pujuk aku!’ jerit hati Farah girang.
  ‘ Terus senyap Farah lepas Im pujuk. Gentle la kau ni Im!’ sahutan Jijie mendapat tepukan seisi kelas. Apa lagi, sampai telinga senyum Imtiyaz.
  ‘ Kau nampak je Imtiyaz kita ni jahat. Tapi dalam hati..ada TAMAN !’ Sokong Adam sambil menyiku Syah. Kembang jantung, berbunga-bunga taman hati Imtiyaz dipuji sebegitu rupa.
  ‘ Betul tu, hati Im memang ada taman, tadi ada budak form 3 jatuh tangga, habis berterabur buku dia. Nasib baik ada Im, Im yang tolong perempuan tu angkat buku dia yang jatuh. Baik hati Im! Sesuci lebaran!’ sambung Iera dengan teruja. Tepukan 3 kali ganda lebih kuat dari tadi. Imtiyaz yang terlalu malu kerana dipuji berlebihan, menutup mukanya dengan kedua tangan.
  ‘ Gentlemen? Memang tu lah gelaran yang sepatutnya bagi aku.’ Puji Imtiyaz pada dirinya sendiri. Tapi, ayat itu hanya terluah di hatinya.
……………………………………………………………………………………………
  Hari ini hari minggu. Imtiyaz di ampaian kain di belakang, sudah berapa minggu dia tiada baju kerana mengikut sikap malasnya. Nak tak nak, hari ini kena juga ampai baju. Kalau tak, pakai baju Adam lah jawabnya. Maklumlah, di kalangan teman-temannya Adam lah yang paling rajin basuh baju.
  ‘ Abang Im, ada surat untuk abang Im.’ Hulur Azfar, pelajar junior tingkatan 2.
  ‘ Siapa yang bagi?’ Imtiyaz terlebih dahulu menyapukan tangannya yang basah pada seluar sebelum menyambut surat berkenaan.
‘ Azfar pun tak tahu, Azfar tak nampak muka kakak tu, sebab dia tutup mulut dengan hidung dia dengan tudung. Nampak mata je. Azfar tak dapat cam.’ Azfar berlalu pergi selepas meminta izin.
  ‘ Siapa pula yang bagi surat kat aku ni. Mengada-ada betul.’ Omel Imtiyaz dalam hati.sampul surat itu segera dibuka, tanpa berlengah Imtiyaz membuka dengan cermat surat itu, dan membaca isi kandungannya.
 
Dear Imtiyaz,
  Farah happy sangat masa Im backup Farah hari tu. Kan bagus kalau moment tu dapat ulang banyak-banyak kali. Detik paling indah dalam hidup Farah. Thank you sebab backup Farah hari tu. Kalau Im tak ada, mesti Farah tambah sedih. Akhir kata..
  Pecah kaca pecah gelas,
Sudah baca harap balas.
 
                                                                                                                        Farah

Lama Imtiyaz menatap surat itu dan akhirnya dia tersenyum sendiri.
  ‘ kenapa mesti kaca dengan gelas yang pecah? Kenapa bukan pinggan? Pelik la dia ni. Tak sastera langsung.’ Imtiyaz ketawa sendirian dengan kata hatinya.
  Tanpa berlengah, Imtiyaz melipat 4 kertas tersebut, dikoyak dengan cermat dan dengan selamba dicampak ke tong sampah.
  ‘ Kalau budak bertiga tu dapat tahu. Masak aku jadi bahan dia orang.’ Imtiyaz berlalu membawa baldi kain ke dorm Khaldun.
 


Cerpen: Sarangeyo Kim hyun Joong

Penulis: Jessica

Farah merupakan gadis yang begitu meminati segala-gala yang berkenaan Korea. Dari lagu, drama hinggalah ke orangnya. Sebut aje lagu apa, drama apa. Semuanya Farah tahu. Tapi, dalam ramai-ramai artis Korea. Kim Hyun Joong tetap no 1.
Macam biasa, sebaik habis kuliah Farah akan meluangkan masa di kafe atau perpustakaan. Jika ada assignment, wajah Farah akan terpacak dalam perpustakaan. Tapi, kalau free wajah Farah sebaliknya akan terpacak di kafe. Masanya pula akan diisi dengan menghadap gambar pelakon Korea di laptopnya.
‘ Wow, handsomenya!’ Farah mula melayan perasaannya sebaik memandang wajah Kim Hyun Joong. Matanya tidak berpaling dari memandang laptopnya. Senyuman juga tidak pernah lengang. Inilah Demam Korea.
Telefon bimbitnya yang berdering mematikan lamunannya. 
‘ Hish..potong betul lah.’ Farah mengeluh perlahan. Dia mengeluarkan iPhonenya dari beg sandang.
‘Annyeong-haseyo ’ Kata Farah memulakan perbualan.
‘ Wah! cakap Korea pulak dia ni. Kim Hyun joong ni. Dekat mana tu?’ Soal pemanggil tersebut.
‘ Dekat Kafe.’ Jawab Farah pendek. Usai perbualan tamat, Farah mematikan talian.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Sedang asyik Farah melayan Korea pujaannya. Seorang lelaki yang tinggi lampai datang menghampirinya dari belakang. Mustaqim.
Mustaqim membongkakkan sedikit badannya untuk melihat isi kandungan laptop Kekasihnya. Farah.
‘ Korea lagi!’ Sergah Mustaqim dari belakang. Ketawanya terburai sebaik melihat Farah terkejut beruk.
‘ Mus! Tak payah nak sergah-sergah Farah lah. Duduk lah.’ Farah mengeluh perlahan. Tangan Mustaqim ditarik supaya duduk. Farah menongkat dagu seraya memandang gambar Korea di laptopnya. Kehadiran Mustaqim tidak diendahkan.
‘ Pandanglah sampai bijik mata tu terkeluar. Tak akan dapat punya.’ Ujur Mustaqim selamba. Air tin 100 Plus kepunyaan Farah diteguk puas.
Farah tetap tidak mengendahkan kata-kata mustaqim. Tiba-tiba, Farah menjerit keriangan. Tangannya memegang tangan Mustaqim. Air yang diminum olehnya tersembur keluar dari mulutnya. Semua mata di kafe tersebut memandang mereka.
‘ Farah!’ Mustaqim sedikit marah dengan perbuatan Farah. Nasib baik air sejuk, kalau air panas dah mati tersedak aku. Omel Mustaqim dalam hati.
‘ Sorry la Mus. Tak sengaja. Sorry okey.’ Pujuk Farah seraya menepuk perlahan belakang Mustaqim yang terbatuk-batuk.
‘ Tengok lah ni Mus.’ Ujur Farah. Mustaqim mengalihkan pandangannya ke arah laptop.
‘ Kim Hyun Joong nak datang KL esok!’ Kata Farah disusuli dengan nada gembira.
‘ Siapa kata tak boleh dapat?’ Farah membulatkan matanya pada Mustaqim.
‘ Memang tak akan dapat lah Farah. Dapat jumpa tu mungkinlah. Tapi, kalau nak dapat. Memang tak lah.’ Mustaqim menggeleng-gelengkan kepalanya seraya melontarkan pandangannya ke tempat lain.
‘ Mana tahu, tiba-tiba Kim Hyun Joong minta couple dengan Farah ke?’ Farah tersenyum sendiri.
Mustaqim sekadar ketawa sinis. 
‘ Nanti, Mus confirm jealous.’ 
‘ Cuba Farah pandang kereta Mus tu.’ Farah memandang kereta kekasihnya seperti yang disuruh. Kereta Porshe Mustaqim sememangnya menjadi idaman farah. 
‘ Kenapa? Rosak ke?’ Soal Farah sebaiknya pandangannya dilemparkan ke arah kereta Mustaqim di lot parkir.
‘ Tak rosak pun. Mus benarkan Farah bawak kereta tu kalau Farah dapat couple dengan Kim Concong tu.’
‘ Kim Hyun Joong la.’ Farah membetulkan sebutan Mustaqim.
‘ Tak kisah lah. Lebih kurang aje tu. ‘ Mustaqim sedikit cemburu dengan sikap Farah yang terlalu fanatik dengan Korea.
‘ Betul?!’ Farah sedikit teruja. Jari kelingkingnya diajukan pada Mustaqim sebagai tanda persetujuan. Mustaqim menyambut persetujuan tersebut dengan selamba.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Seperti biasa. Usai mandi, Farah membuka laptopnya. Laman web youtube dibuka. Drama Naughty Kiss dipilih. Drama ini sudah lama ke udara di 8TV. Tetapi, Farah tidak dapat mengesan kehadirannya kerana tidak dapat menonton TV. Akhirnya dapat juga tengok biarpun hanya di Youtube. Asalkan ada Kim Hyun Joong. Sanggup berjaga.
Esoknya, di tengahari yang terik ni. Perut Farah sudah mula meragam. Walau apa pun dia perlu keluar dari kampus untuk membeli jajan sebagai stok untuk perutnya.
‘ Farah menyewa sebuah motosikal sebagai kenderaannya untuk membeli makanan di Petronas. Kerana, itulah tempat yang paling dekat.
Disebabkan terlalu lapar, Farah meluru agak laju ke dalam kedai di Petronas. Tanpa disedari, dia terlanggar seorang lelaki. Dia memakai jeans putih diikuti dengan kot hitam labuh. Dia juga turut memakai kaca mata hitam.
‘Aduh, sorry..sorry..’ kunci motor di tangan Farah jatuh ke tanah. 
Ketikan lelaki itu mahu mengambil kunci tersebut, kaca mata hitamnya terjatuh. Farah membeliakkan matanya.
‘ Kim hyun….’ Farah tidak dapat menyebut namanya dengan lancar. Sepantas kilat, lelaki itu menekup mulut Farah dan membawanya ke Estima hitam miliknya.
Semasa di dalam kereta, lelaki tersebut membuka kot hitam serta kaca mata hitamnya. Memang benar. Dia KIM HYUN JOONG!
‘ Wow! Handsomenya, putihnya muka dia. bersih pula tu.’ Puji Farah melambung-lambung. Dia tidak mampu berkata apa-apa.
‘ Do you know me?’ Soal KHJ.
‘ Of course, Im your big fans.’ Farah mula teruja.
KHJ menghulurkan senyuman penuh makna pada Farah.
‘ Ya Allah, dia senyum! Untuk aku ke senyuman tu. Senyum lama-lama. Alah comelnya!! ’ Farah berkata dalam hati lagi. Dia tidak percaya bahawa dia di dalam kereta KHJ. Dan dia juga tidak percaya bahawa KHJ sedang senyum padanya. Rasa macam mimpi pula.
‘ Can I ask for your phone number?’ KHJ tiba-tiba bersuara.
‘ Yes, why not?’ Jawab farah gementar. Degupan jantungnya sangat laju ketika itu. Selaju kereta F1.
‘ I will call you later. ‘ Ucap KHJ. 
‘ By the way, what is your name?’ 
‘ farah.’ Farah gagap menyebabkan dia tidak banyak bercakap. 
Sampai di bilik.Farah terasa seperti di awan-awangan. Tidak percaya dengan semua ini.
Malam itu, telefon Farah berdering, dengan langkah segera Farah menekan punat hijau iPhonennya.
‘ Annyeong-haseyo.’ Farah kaget mendengar sebutan itu.
‘ Kim Hyun Joong?’ Soal Farah meminta kepastian.
‘ yes, that’s me. U come to my concert tomorrow night?’ Soal KHJ.
‘ Um, I don’t think so.’ Jawab Farah.
‘ How u can call u are my big fan?’ Suara KHJ agak berang di talian.
‘ Nope. That’s not what I meant. Actually, I don’t have money to go to your concert.’ Jawab Farah jujur.
‘ It’s okay, u just come to stadium. Call me when u arrive.’ Jawab KHJ. 
Farah mengenakan skirt labuh beserta baju t-shirt lengan panjang. Mukanya pula hanya dikenakan mekap yang ala kadar. Sampai di hadapan stadium, kelihatan orang berpusu-pusu untuk masuk ke stadium. Terdapat juga peminat fanatik KHJ yang membawa sepanduk berlampu serta gambarnya.
Farah segera mendail nombor KHJ. Seusai bicara, datang 2 orang lelaki yang yang gagah dan berkot hitam serta berkaca mata.
‘ Awak Farah?’ Soal salah seorang dari mereka. Farah sekadar mengangguk perlahan. 2 lelaki tersebut mengiringi Farah masuk ke belakang pentas.
KHJ sedang bersiap sedia untuk membuat persembahan di pentas. Dia kelihatan sedang memakai microphone.
‘ Farah, just see my performance from this LCD.’ KHJ menunjukkan LCD di hadapannya. Dia kelihatan tampan. Memang tak dapat digambarkan bagaimana kacaknya dia.
Persembahan sudah mahu bermula. KHJ keluar dari belakang pentas. Sorokan yang sangat kuat menandakan betapa Kim Hyun Joong turut terkenal di Malaysia. Kim Hyun Joong memulakan bicaranya dengan bahasa Korea. Bagi yang faham, mereka membalas kata-kata tersebut. Lagu pertama Kim Hyun Joong adalah Kiss Kiss. Dia menyanyikan lagu tersebut dengan merdu sekali diikuti pula dengan tarian serentak diiringi backup dancer dari Malaysia. Di akhir lagu Kiss Kiss, Kim Hyun joong menyebut ‘ Ow love..’ sempat juga dia mengenyitkan matanya seraya tersenyum manis pada penonton serta kamera.
‘ Terharunya aku. Untuk aku ke tu?’ Farah perasan sendiri melihat kelakuan comel Kim Hyun Joong. 
‘ Macam mana performance saya? Okey?’ Soal Kim Hyun Joong sewaktu mereka duduk berdua di luar stadium sebaik konsert tamat.
‘ Hah! Awak boleh cakap bahasa Melayu?’ Farah terkejut beruk dengan Kim Hyun Joong yang tiba-tiba bertutur bahasa melayu dengan baik.
‘ Actually, saya orang Malaysia. Saya duduk Johor. Tapi, saya berhijrah ke Korea sebab nak cari kerja. Tak sangka pula pergi sana jadi artis.’ Terang Kim Hyun Joong panjang lebar.
‘ Tapi, dalam Internet tak tulis pun?’ Farah mula dibelenggu perasaan pelik.
‘ Dalam dunia ni. Awak seorang aje yang tahu.’ Bisik Kim Hyun Joong.
Wah, tiba-tiba rasa diri nie special..
‘ Farah..’ panggil Kim Hyun Joong perlahan.
Farah menjungkitkan keningnya.
‘ Actually, saya dah jatuh cinta pandang pertama pada awak. ‘ Kim Hyun Joong memberanikan diri untuk bersuara.
Kim Hyun Joong mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.
‘ Will you be my love?’ Kim Hyun Joong membuka bekas cincin tersebut.
‘ Yes.’ Jawab farah terharu.
Tiba-tiba sahaja badan Farah bergoncang kuat seperti gempa bumi sedang berlaku di sekitarnya.
‘ Farah!!!’ Bunyi pekikan tersebut cukup dikenalinya. Jaja Becok!
‘ Amboi! Bukan main kau tidur. Sembil tersenyum-senyum aku tengok. Bahagia betul engkau kan! Kau bangun mandi sekarang. Cuba kau tengok jam dah pukul berapa!’ Jaja mengomel panjang sambil mencekak pinggang di sisi katil.
Farah tersedar dari tidurnya yang agak panjang.
‘Alah!! Mimpi ke?!!’ Farah memasamkan mukanya. Bantal dikepalanya ditumbuk kuat.
Farah segera melihat jam di telefon bimbitnya. Hah!! Dah pukul 12, ni bukan lambat dah ni. Kelas aku dah habis dah pun. Farah menjerit di dalam hati.
Farah mencapai tuala mandi di tiang katil seraya berlari ke arah bilik mandi.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Farah termenung sendirian di kafe. Dia menongkat dagu sambil tersenyum lebar.
‘ Assalamualaikum sayang.’ Mustaqim memulakan bicara. Dia mengambil tempat duduk bersebelahan Farah.
‘ Wa’laikumusalam.’ Farah memberikan pandangan penuh makna pada Mustaqim.
Mustaqim ketawa kecil melihat pandangan pnuh makna itu.
‘ Kenapa ni? Kena rasuk ke? Senyum aje.’ Soal Mustaqim.
‘ Malam tadi, Farah mimpi Kim Hyun Joong. Dia mintak couple dengan farah!’ Jawab Farah penuh teruja dan gembira.
‘ Owh ye ke? Untunglah. Tak ada tangkap gambar sama-sama ke?’ Mustaqim menyoal sambil memerli.
‘ Jahatlah Mus ni. Tapikan, walaupun dalam mimpi macam real tau. Muka dia kacak sangat sangat’ Puji Farah melambung-lambung.
‘ Jangan agungkan sangat. Nanti memuja pulak.’Nasihat Mustaqim dengan penuh berhemah.
‘ Kalau dah kacak sangat sangat tu. Confirm pembedahan plastik.’ 
‘ Dia operate sikit aje.’ Farah tetap mempertahankan Kim Hyun Joong.
‘ Jom teman Mus pergi kedai buku. Nak beli buku rujukan sikit.’ Ujur Mustaqim .
Mereka berdua mengorak langkah beriringan ke kereta porshe milik Mustaqim.
‘ Mus tak nak ke bagi Farah drive kereta ni.’ Soal Farah.
‘ Mus akan tunaikan janji Mus. Biarpun couple dalam mimpi, at least hajat tu kesampaian juga.’ Mustaqim tersenyum. Kunci keretanya diserahkan pada Farah.
Akhirnya, Farah Berjaya memandu kereta kesayangan milik Mustaqim. Bukan senang nak pandu kereta dia.
Lampu isyarat merah didepan menandakan semua kereta perlu berhenti. Sementara menunggu, Farah melontarkan pandangannya ke luar tingkap. Matanya terpaku pada sebuah van mewah berwarna hitam dengan gambar Kim Hyun Joong disebelahnya.
Farah menurunkan tingkap kereta, dia cuba mengamati gerangan yang berada di bahagian belakang. Hampa, cermin van tersebut telah digelapkan. 
‘Annyeong-haseyo!’ Kim Hyun Joong melambai-lambai Farah dengan cara mengeluarkan kepalanya melalui tingkap pemandu.
Farah terpaku lama. 
Mustaqim di sebelahnya turut pelik dengan kelakuan Farah. Dia tersenyum melihat gelagat farah sebaik terlihat van tersebut tertulis Kim Hyun Joong.
Farah membalas lambaian Kim Hyun Joong. Sungguh tidak disangka bahawa Farah terserempak dengan artis pujaannya biarpun di trafiic light. 

Novel: 4 Students Nakal 1

Penulis: Aqilah

‘ Cepat la sikit Im..aku tak suka betul la dengan kau ni,selalu lambat.Cepatlah! mengamuk Hj. Kun nanti aku tak larat dengar mulut dia tu membebel depan aku, aku tak rela!’ teriak Adam Hakimi. Padahal Ahmad Imtiyaz di hadapannya sedang leka menyisir rambut di hadapan cermin. Imtiyaz hanya memberi jelingan tajam pada adam yang kuat membebel.

‘ Eh..jeling-jeling pula..aku tinggal nanti.’ ugut Adam. Tapi kakinya masih belum berganjak dari pintu dorm Ibnu Khaldun.

‘ Hei kau ni, mulut kau dengan Hj. Kun sama aje, tak ade bezanya pun. Kuat membebel, cuba sabar.’ kata Imtiyaz sambil mengusap dada Adam. Adam hanya mampu bersabar dengan kelakuan kawan baiknya tu. Imtiyaz menuju ke katil, beg sekolah Body Glove hitam digalas di bahunya. Syaher Yazid dan Khairul Farouq sudah terlebih dahulu ke sekolah kerana ada perjumpaan penting.

Sememangnya Adam sangat tidak suka kalau dirinya disamakan dengan Hj. Kun merangkumi warden asrama aspura yang gemuk dan dihiasi dengan janggut putih paras dada. Ala-ala Santa Claus gitu!

‘ Okey, jom beratur.’ Ajak Imtiyaz sambil memaut bahu Adam. Khai dan Syah membuntutu langkah mereka berdua di hadapan. Langkah mereka berempat dilajukan apabila MC di depan sudah diarahkan bangun untuk nyanyian lagu ‘Negaraku’. Tiba-tiba laluan mereka berempat dihalang oleh seseorang.

‘ Kenapa lambat?’ soal Hj. Kun sambil bercekak pinggang.

‘Maaflah Hj. Kun. Kita orang cirit birit tadi, sebab makanan kat dewan makan tadi kot.’ kata Syah mereka cerita, memang excellent kau Syah. Detik Imtiyaz dalam hati. Apa lagi, masing-masing terus berlakon dengan meletakkan tangan mereka di perut.

‘ Tumpang lalu Hj. Kun.’ Mereka membongkokkan badan masing-masing tanda hormat sebelum berlari menuju ke perhimpunan.

‘ Sebagai pengetua SMK Sinar Bintang, saya ingin mengingatkan kepada para pelajar bahawa kita perlu bangga menjadi Anak Malaysia kerana Malaysia bebas dari ancaman musuh. Cuba bayangkan kalau Negara kita diancam, adakah kita masih hidup sekarang? Mungkin hidup, mungkin tidak…tapi sekarang saya nak tekankan tentang 1 Malaysia, saya rasa konsep ini akan lebih berkesan jika kita melaksanakannya dengan betul dan teratur..bla..bla..’ Ucap pengetua Ibrahim. Kalau sekali berucap, macam pidato! Kalau diperhatikan sekeliling, ada yang tidur, ada yang dah mula menguap, tak kurang juga pengawas yang sepatutunya bertugas menjaga kelaukuan pelajar di perhimpunan turut tidur.

‘ Kau tahu tak pengetua ni membebal macam siapa?’ soal Imtiyaz kepada Syah, Adam dan Khai.

‘ Macam siapa?’ soal Khai tertanya-tanya.

‘ Macam Adam! Membebel macam tak ada kerja lain. Kau, pengetua dengan hj. Kun sama aje. Hidup dia orang memang dah disetkan untuk membebel 24 jamlah aku rasa.’ kata Imtiyaz selamba, sejurus itu, ketawa Khai dan Syah terburai, tapi mereka segera menutup mulut apabila pengetua memandang tajam mereka berempat. Adam hanya membuat muka masam apabila dikatakan seperti itu.

‘Aduh! ada spotcheck pulak. Dah la rambut aku panjang ni.’ Keluh Syah sebaik terlihat dua orang guru disiplin sedang leka menahan pelajar rambut panjang. Mahu tak mahu, Syah terpaksa juga melalui keadaan itu. Lengan Syah ditarik oleh Cikgu Razlan. Syah menarik muka kesian pada kawan-kawannya. Imtiyaz, Adam dan Khai hanya mampu memandang tanpa berbuat apa-apa.

 Sebelum Syah ditarik, sempat juga khai membisikkan kata-kata semangat pada Syah.

‘ Good luck! Aku tahu kau boleh lakukan!’ itulah kata perangsang yang dibisikkan pada Syah.

‘ Opah kau!’ bisik Syah kembali. Khai hanya melemparkan senyuman semanis kurma pada Syah.

Sesi pelajaran Ekonomi Asas sudah bermula, masing-masing melakukan tugas yang disuruh oleh Pn. Surya. Tiba-tiba suasana yang sepi itu menjadi bising apabila Imtiyaz tiba-tiba ketawa berdekah diikuti pelajar seisi kelas serta ketawa Pn Surya.

‘ Siapa tu? Syah ke? Kenapa kepala dia gondol?’ kata Imtiyaz, ketawa yang terhenti di kuatkan lagi.

‘ Aku rasa dia bukan Syah lah, toyol terlepas kot.’ ketawa Adam yang masih bersisa dihabiskan.

Mana tak riuh satu kelas, Syah adalah antara pelajar yang mempunyai rambut yang paling bergaya di dalam kelas. Sekali botak! Naik taraf kepada pelajar yang paling bergaya dalam tingkatan.Wow! lagi tinggi pangkat!

‘ Woi! dah lah tu..lebih-lebih pulak.’ Kata Syah sambil menutup kepalanya seraya berlalu ke tempat duduknya. Pn, Surya masih lagi ketawa sedangkan pelajar lain dah 10 minit diam. Sampai terjatuh-jatuh kaca mata Pn Surya kerana leka mengetawakan Syah. Semua pelajar memandangnya pelik.

‘ Emm, okey. Sampai mana kita tadi? ’ kata Pn. Surya apabila sedar dirinya menjadi perhatian. Kaca matanya yang jatuh di hidungnya dinaikkan ke matanya.

Pelajaran Sejarah adalah antara subjek yang paling membosankan bagi pelajar-pelajar di kelas tersebut. Apatah lagi, subjek itu diatur pada waktu terakhir persekolahan. Kepala Syah mula hendak terlentok di bahu Khai.

‘ Syaher! kamu ni kan tak sah kalau tak tidur masa saya kan.’ Sergah Pn. Fathi di hadapannya. Gaya Pn. Fathi dengan kedua tangannya di belakang dan mengeleng kepalanya membuatkan Syaher tersedar dari lamunan.

Hanya senyuman kerang busuk yang dapat diberikan.

‘ Berapa kali saya cakap kat kamu, kalau nak tidur dalam kelas bawa bantal. Kenapa tak bawa?’ soal Pn Fathi sambil menaikkan keningnya menunggu jawapan.

‘ Saya lupa lah cikgu. Esok saya bawa ye.’ Jawab Syah dengan loyar buruknya.

 ‘ Alah kau..bising..biar lah..sibuk je kau nie.’ Kata Syah dengan pandangan menyampah..backup Imtiyaz la konon. Farah hanya memberikan jelingan tajam.

………………………………………………………………………………………

 ‘ Im, tidur je lah kau ni! jom pergi padang.’ Adam menggerak-gerakkan tubuh Imtiyaz apabila melihat dia begitu lena di katilnya.

‘ Hai..budak ni tidur apa ni? Aku kejut buat tak kisah je.’ bebel Adam dalam hati.

‘ Nak kena budak ni! Siap kau Im.’ Detik Adam dalam hati. Timbul idea yang boleh membuatkan Imtiyaz bangun dengan tindakan drastik.

Adam berjalan ke hujung katil dua tingkat tersebut. Tiang katil digegar kuat sambil berteriak. ‘ Bangun!!! Gempa bumi!!’ Sepantas kilat itu  juga, Imtiyaz bangun dan berdiri di sebeleh katilnya. Dengan pantas, Imtiyaz menyarungkan selipar di sudut pintu dorm dan berlari sambil menjerit..

‘ Woi!! Keluar!! gempa bumi..gempa bumi!!’ jerit Imtiyaz sebagai amaran bahawa sekarang sedang berlaku gempa bumi. Semua pelajar di tingkat 3 segera keluar, pelajar di tingkat lain turut menyaksikannya.

‘Woi! Kau ni kenapa? Histeria? Ke mengigau?’ soal Syah seraya menarik lengan Imtiyaz yang sedang leka berlari tanpa menyedari mata yang memandang. Syah dan Khai yang baru pulang dari surau turut mendengar amaran palsu tersebut . Kuat suara si Imtiyaz ni rupanya.

‘ Kau boleh relax je kan? Kau tahu tak ada gempa bumi sekarang ni. Cepat lari!’ kata Imtiyaz masih belum menyedari. Tiba-tiba kedengaran ketawa yang sangat kuat dari dorm Ibnu Khaldun. Ketawa milik Adam. Sampai terduduk Adam mengetawakannya, perut dipegang kuat bagi mengelakkan dari terburai.

‘ Kurang gula punya Adam.’ Kata Imtiyaz dengan nada marah. Dengan mata yang merah lagi menyala, kakinya laju menuju ke arah Adam. Syah dan Khai membuntuti dari belakang. Baru sahaja Imtiyaz hendak melepaskan penumbuk sulungnya ke perut Adam..

‘ Santa claus datang..santa claus datang..’ kata Khai sebagai penyelamat kepada Imtiyaz. Sepantas mungkin, Imtiyaz menyorokkan penumbuknya di belakang , masing-masing ketawa..apa yang lawak? Entah.

‘ Bunyi apa tadi? Bising sangat saya dengar.’ Kata Hj, Kun dengan pandangan tajam. Mereka berempat segera mencari idea, Syah yang sememangnya mempunyai banyak Idea adalah sangat diharapkan.
‘ Bising? Apa yang bising? Saya tak dengar apa-apa pun?’ kata Syah, mata dibulatkan pada Imtiyaz untuk menyambung helahnya.

‘ Ha..a’ah..bunyi apa? Mana ada kan? kan?’ kata Imtiyaz sambil menjungkitkan bahu dan matanya diselangkan-selangkan pada kawan-kawannya.

‘ A’ah lah Santa Claus, eh Hj Kun. Kita orang duduk sini dah lama dah. Tak dengar apa pun.’ Sambung Khai sambil menepuk-nepuk bahu Hj Kun. Hj Kun memandang tajam pada tangan Khai yang begitu landing di bahunya.

 Dengan gerakan slow motion, Khai menarik dan menyorokkan tangannya. Khai yang ketawa kecil berubah pada wajah kelat.

‘ Baiklah kalau macam tu, saya pergi dulu.Tapi ingat, kamu berempat adalah antara pelajar asrama yang agak bermasalah. Jadi, sekiranya berlaku kekecohan di asrama ni.Tak lain tak bukan, ianya berpunca dari kamu berempat.’ Kata Hj Kun panjang lebar sambil telunjuknya merayau-rayau di muka bereka berempat dan berlalu pergi.

‘ Assalamualaikum  Hj kun, jalan elok-elok.Tangga tu licin.’ Nasihat Syah beriya sambil melambaikan tangannya.

‘ Kalau nak jalan, selak janggut tu sikit. Kalau tak nanti tak nampak.’ Sampuk Adam tiba-tiba setelah lama mendiamkan diri. Tapi, percakapannya hanya didengari oleh mereka berempat sahaja.

‘ Kalau santa claus selak janggut. Mari sini kain kau aku selak.’ Kata Imtiyaz tiba-tiba apabila mengingatkan punca kekecohan tadi adalah berpunca dari Adam.

‘ Eh, jangan lah macam tu Im.Terdedah aurat aku. nanti budak aspuri nampak, jatuhlah imej aku. Aku tak rela!’ Jawab Adam yang semakin mengundur masuk ke dormnya. Adam terjatuh ke atas katil.

‘ Peduli apa aku! kau fikir aku tak malu ke tadi.’ Kata imtiyaz sambil mengetap bibirnya. Badannya didekatkan pada Adam.

‘ Astagfirullah hal azim! apakah semua ini? Perkara ini harus dilaporkan.’ Kata Qayyum sebaik melihat perlakuan Adam dan Imtiyaz, salah seorang pelajar yang sangat alim. Ke mana pergi tasbih sentiasa di tangan,jari leka menghitung, mulut sentiasa memuji Allah. Qayyum melajukan langkahnya ke rumah warden.

‘ Syah, Khai! Kejar budak tu!’ arah Imtiyaz kepada dua orang kawan baiknya yang sedang ketawa di pintu dorm Khaldun. Syah dan Khai segera menarik lengan jubah Qayyum.

‘ Kau jangan nak bawa mulut! mana ada aku buat apa-apa kat Adam.’ Kata Imtiyaz marah.

‘ Jangan minta aku untuk bersubahat! Itu sudah mendatangkan dosa pada aku kerana membiarkan maksiat berlaku di asrama sekolah ni.’ Kata Qayyum dengan nada kasihan. Tasbih dipegang erat.

‘ Tapi, .kau tak ada bukti nak tuduh aku buat maksiat dengan si Adam ni. Kalau semua tu tak betul, itu dah menimbulkan fitnah. Kau nak tahu tak, dosa orang yang memfitnah ni sama dengan dosa orang yang melakukan maksiat.’ Jawab Imtiyaz yakin. ‘kau tak pernah dengan aku ceramah..ambil kau! Terlopong! Detik Imtiyaz dalam hati.

‘ Betul tu..fitnah!’ sokong Adam dengan muka beriya.

Lama Qayyum terdiam sebelum menyambung katanya.

‘ Kalau begitu..aku memerlukan 2 orang saksi untuk kes ni.’ Kata Qayyum.

‘ Aku dengan Khai boleh jadi saksi kalau mereka berdua tak lakukan perbuatan terkutuk tu.’ Kata Syah laju.

‘ Betul!! Fitnah semata.’ Sokong Khai.

‘ semua yang kau lihat itu semuanya dusta!’ Sempat juga dia menyanyikan serangkap lagu nasyid.

‘ Ya Allah, ampunkan hamba-Mu ini kerana hampir menimbulkan fitnah Ya Allah..ampunkan lah aku Ya Allah sesunggun-Nya hanya kau yang mampu mengampunkan dosaku.Amin.’ Doa Qayyum sambil menadah tanggan dengan tinggi. Empat sekawan itu juga turut menadah tangan.

‘ Aku minta maaf kawan-kawan.’ kata Qayyum sambil bersalaman dengan mereka berempat. Air mata jatuh di pipi milik Qayyum. Sangat sayu hatinya.

‘ Aku maafkan kau.’ kata Imtiyaz sambil memeluk erat Qayyum. Qayyum memegang tekaknya sebaik Imtiyaz meleraikan pelukan.












Cerpen: Sebab Timmy Kita Couple

Penulis: Ilmam Hadi 

‘ Laparlah, jom ambil mangga kat rumah makcik Hajar.’ Cadang Julia seraya menarik tangan Anis.

‘ Bosankan cuti panjang ni.’ Anis menyuap mangga yang disalut dengan kicap bercampur gula. 

‘ Tahu tak apa.’ Ujur Julia sambil menutup mulutnya yang penuh, dengan tangan supaya tidak menyembur.

‘ Kadang-kadang, kalau aku bosan aku tinjau orang kat rumah sebelah guna lubang tu.’ Julia memuncungkan mulutnya ke ukiran yang berlubang.

‘ Siapa yang ada dekat rumah tu? Rumah tu kan kosong.’ Anis bertanya ingin tahu. Setahunya, rumah sebelah tu dah lama kosong.

‘ Rumah ni tempat persinggahan. Anak saudara pakcik Jamil selalu datang rumah ni. Main PS.’ Ujur Julia panjang lebar. 

‘ Kau ni, buat project tak ajak aku pun.’ Anis merungut.

Beberapa minit selepas itu, datang 3 buah motor memarkir di garaj depan rumah lama pakcik Jamil. Mereka berenam menananggalkan topi keledar masing-masing disusuli dengan gelak tawa.

‘ Kacaklah mamat baju putih yang naik LC tadi.’ Suara Anis begitu teruja sebaik mereka berenam masuk ke dalam rumah itu.

‘ Aku minat yang baju hitam tadi.’ Julia pula bersuara.

‘ Kejap ye Anis. Aku nak tambah gula, mangga banyak lagi ni.’ Julia berlalu pergi sambil membawa piring yang berisi gula bercampur kicap yang semakin berkurangan.

Tanpa berfikir panjang, Anis memanjat kerusi dan meninjau di lubang seperti yang pernah dilakukan Julia. Anis tersenyum sendiri sambil menggigit bibir. Mulutnya juga tidak berhenti membebel.

‘ Kacaknya dia, kalau dapat ni. Ikat dalam rumah!’ Omel Anis sendirian.

Tanpa disedari, mata tuan punya badan yang bernama Fakhrul Hafizi yang diamati oleh Anis mendongak dengan laju ke dinding yang terukir secara berlubang itu. Anis menurunkan badannya dengan tindakan drastik, kakinya melangkah laju masuk ke rumah Julia.

‘ Kau ni kenapa?’ Julia menyoal cemas. Hampir sahaja piring yang dipegangnya terjatuh ke lantai.

‘ Dia nampak aku! dia nampak aku!’ Anis yang kelihatan begitu cemas, menolak Julia keluar.

Fakhrul yang berbaju putih itu, keluar dari rumahnya dan menjenguk ke rumah Julia.

‘ Hye!’ Julia tersenyum kelat sambil menunjukkan peace ke arahnya.

Fakhrul mengamati wajah Julia dengan mata yang dikecilkan. 

‘ Bukan dia.’ Fakhrul berbisik dalam hati. Kakinya di arahkan ke rumah sebelah.

‘ Kau pergi mana Fakhrul?’ Aidil bertanya.

Fakhrul mengeleng dengan muka selamba.

‘ Kau kenapa Anis? Kau tinjau mamat baju putih tadi ye?!’ Julia meneka seraya jari telunjuknya digoyang-goyangkan dengan senyuman nakal. 

Anis meletakkan jari telunjuknya ke bibirnya, memberi isyarat pada Julia supaya memperlahankan suaranya.

‘ Tadi aku saja je nak tinjau, tak tahu pula dia perasan.’ Anis duduk setelah suhu cemasnya semakin menurun.

‘ Itulah, lain kali kalau nak tinjau, jangan lama-lama sangat. Kalau kau menatap mata, mestilah dia perasan.’ Julia ketawa kecil diiringi gelengan kepala.

‘ Tadi masa kau tolak aku, dia datang sini tahu tak. Tapi dia tak cakap apa-apa.’ Julia menceritakan kejadian tadi.

‘ Iye ke? Kacak tak dia?’ Anis menyoal dengan mulut sedikit ternganga.

‘ kacak! Gila kau tak kacak! Macam Kamal Adli! Lagi kacak dari Kamal Adli!’ Julia menutup mulut Anis yang masih ternganga.

‘ Okeylah Julia, aku balik dulu, dah 6 30 dah ni. Nanti mak aku mengamuk pula.’ Anis menyarung selipar dan berlalu pulang.

‘ Anis! Kucing kau mana? Kalau aku jumpa, aku buat gulai nanti.’ Julia melaung pada Anis yang sudah 100 meter di hadapan. Anis memandang ke belakang sambil menepuk dahi.

‘ Mana Timmy? Tadi aku rasa dia main dekat garaj ni tadi.’ Anis berpusing mencari Timmy. Julia juga turut membantu mencari Timmy. Timmy adalah kucing yang paling Anis sayangi kerana kucing tersebut adalah hadiah dari ayahnya sempena hari jadinya 2 tahun lepas. Kucing tersebut adalah kucing parsi yang berbulu putih kekuningan.

‘ Timmy! Timmy! Mana kau?’ Anis melaung nama kucingnya berharap agar kucingnya menyahut panggilannya. Julia juga turut melakukan perkara itu.

Ternyata kucing itu menyahut juga. Rupa-rupanya Timmy berada di tangan Fakhrul Hafizi. Bulat mata Anis memandangnya. 

‘ Kucing awakkan?’ Fakhrul berjalan ke arah Anis dan Julia. Fakhrul tahu sebaik melihat rantai di leher kucing tersebut tertulis TIMMY. Tambahan pula, Anis dan Julia tidak henti-henti melaung nama Timmy.

Anis mengangguk perlahan. Fakhrul menyerahkan Timmy kepada Anis.

‘ Terima kasih.’ Hanya itu yang mampu terucap.

‘ Jaga elok-elok. Kucing tu cantik, kena curi nanti. Menangislah.’ Fakhrul memberikan sedikit nasihat. Fakhrul meluncur laju dengan motor LC miliknya seusai meminta izin.

‘ Bagus betullah kau ni Timmy, pandai kau cari tempat nak menghilang. Aku suka dengan kau.’ Anis menimang Timmy tinggi sambil mengusap bulu Timmy yang cantik terjaga.

…………………………………………………………………………………………..

‘ Kau orang mainlah dulu, aku laparlah. Nak beli makanan kat kedai hujung sana tu.’ Fakhrul melangkah keluar dari rumah pakciknya.

‘ Fakhrul, terlanjur tu, tolong beli coke eh.’ Didi membalas. Hanya mulutnya yang berbicara, tapi matanya tertumpu pada permainan.

‘ Mimpi apa kau datang rumah aku ni? Selalunya kalau aku ajak keluar, punyalah liat.’ Julia memerli. Anis datang dengan Timmy yang sering di belakangnya.

‘ Janganlah perli aku. Aku suka datang rumah kau ni. Seronok!’ Anis ketawa kecil. Timmy sudah duduk di kerusi bersebelahan Anis.

‘ Awalnya dia orang sampai. Ni yang buat aku semangat ni.’ Anis menyambung bicaranya.

‘ Kau tak serik ke? Tak takut kalau mamat tu perasan kau lagi?’ Julia menduga. Pelik dengan sikap Anis. Semalam bukan main cemas, sekarang nak buat lagi.

‘ Kau duduk dulu, aku nak basuh muka kejap.’ Julia mempelawa. Sememangnya Julia baru bangun dari lena yang agak panjang.

‘ Mana dia? Tak datang ke? Tapi motor ada.’ Anis mengomel lagi. Matanya dikerling ke arah motor LC di garaj.

Bahu Anis dicuit.

‘ Janganlah Julia. Aku tengah mencari ni. Dia tak ada pun. Tak datang ke?’ kepala Anis menari-nari mencari kelibat Fakhrul Hafizi.

Bahunya dicuit lagi. 

‘ Kau ni tak faham ke? Kau nak a…’ Kata-kata Anis terhenti di situ sebaik melihat mamat yang dicarinya berada di sebelahnya.

‘ Cari siapa?’ Fakhrul sudah duduk di tembok beranda Julia. Keningnya dijungkit seraya meneguk coke.

‘ Cari...Timmy! ye..Timmy!’ Hanya Timmy yang terlintas di fikiran Anis. Julia masih di dalam. Lama betul!

Fakhrul mengalihkan pandangan ke satu arah. Anis menuruti anak mata Fakhrul. Ternyata Timmy berada di sebelahnya. Sedang nyenyak tidur.

‘ Tak perasan Timmy ada kat sini.’ Anis mengusap lembut bulu Timmy yang halus. Beberapa minit selepas itu, Julia keluar.

‘ kau nak apa pang..’ Nada Julia juga terhenti sebaik melihat Fakhrul berada di berandanya bersama Anis dan Timmy.

‘ Okeylah. Bye guys!’ Fakhrul melangkahkan kakinya ke rumah sebelah. Sempat juga tangannya mengusap Timmy.

‘ Saya ada tips. Lain kali kalau nak ‘ mengintip’, pandang kiri kanan dulu.’ Fakhrul sempat memerli Anis sebelum masuk ke rumah itu.

‘ Kantoi lagilah tu. Lawaklah kau ni Anis.’ Julia ketawa besar melihat reaksi Anis.

‘ Lepas ni, aku tak nak lagilah tinjau dia. Tajam betul dia perli aku.’ Anis menyarung seliparnya dan berlalu pergi sambil membawa Timmy.

Julia hanya diam. Kasihan Anis.

………………………………………………………………………………………......

Enjin motor dimatikan. Fakhrul masih di atas motor. Tiba-tiba, Julia keluar untuk menangkat jemuran. 

‘ Mana member hari tu?’ Fakhrul duduk di atas motor.

‘ Kau nak apa jumpa dia?’ Julia mencapai kain yang jatuh ke tanah.

‘ Tak ada apa-apa, ingatkan dia lepak kat sini hari-hari.’ Fakhrul sudah mengorak langkah untuk berlalu ke rumah pakciknya.

‘ Dia memang selalu lepak kat rumah aku, tapi lepas kau perli dia semalam. Dia tak nak datang rumah aku lagi dah.’ Langkah Fakhrul terhenti. Julia memasukkan kain jemuran ke dalam bakul dan mengangkatnya.

‘ Aku tak tahu pula dia cepat touching.’ Fakhrul mula rasa bersalah. 

‘ Dia memang macam tu. Tak payah nak rasa bersalah lah.’ Ujur Julia. Julia masuk ke rumah seusai meminta izin.

Fakhrul duduk memeluk lutut di garaj. Matanya leka memadang keletah Anis yang kebudak-budakkan bermain dengan Timmy.

‘ Apa yang kau menungkan tu Fakhrul!’ Fakhrul tersentak apabila lamunannya diganggu.

‘ Cuba kau tengok perempuan tu.’ Fakhrul mengarahkan telunjuknya ke arah Anis.

‘ Yang mana? Yang main dengan kucing tu ke?’ Aidil meneka.

Fakhrul mengangguk sambil tersenyum.

‘ Cubalah cari awek yang elok sikit perangainya. Tak tentu arah je aku tengok perempuan tu.’ Aidil memprotes seraya mengeleng kepala.

‘ Okeylah macam tu. Daripada menggedik, terkinja-kinja tak tentu arah depan aku.’ Fakhrul membalas protes Aidil.

‘ Macam Mila! Dia tu aku tengok, macam obsess dengan kau.’ Aidil menjawab pendek. 

‘ Tahu tak apa.’ Fakhrul mengangguk setuju. 

…………………………………………………………………………………………..

‘ Hye Anis.’ Fakhrul memberanikan diri menegur Anis yang leka bermain dengan Timmy.

‘ Mana awak tahu nama saya?’

‘ Julia..’

‘ Nak apa? Saya tak tinjau awak pun.’ Anis berhenti menimang Timmy. Mukanya serius.

‘ Saya bukan datang sebab tu. Saya cuma nak minta maaf pada awak.’ Fakhrul menunggu jawapan dari Anis. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluarnya.

‘ Minta maaf untuk apa?’ Anis melepaskan Timmy dari pelukannya. 

‘ Sebab saya perli awak hari tu.’ Fakhrul teragak-agak mengucapkannya. 

‘ Dah lupa dah pun.’ Anis menghulurkan senyuman ikhlas.

‘ Jom pergi tasik tu.’ Cadang Fakhrul teragak-agak.

Anis mengangguk setuju.

‘ Qiela, tolong jaga Timmy ye.’ Anis berlalu masuk ke rumah untuk menukar baju.

‘ Qiela, jangan buat Timmy macam perempuan.’ Qiela memang suka menjadikan Timmy sebagai model. Pelbagai baju budak perempuan dipakaikan pada Timmy.

Fakhrul ketawa kecil melihat Timmy yang dipakaikan gaun pengantin oleh Qiela. Begitu comel, meskipun Timmy adalah jantan.

‘ Awak memang minat kucing ke?’ Fakhrul memulakan perbualan.

‘ Ha’ah, sebab mereka comel!’ Anis menjawab spontan.

‘ Siapa nama awak? Lupa nak tanya.’ Anis menyoal.

‘ Fakhrul Hafizi. Panggil Fakhrul aje.’ Fakhrul memperkenalkan diri seraya menghulurkan tangan pada Anis. Anis menyambut mesra jabatan tangan Fakhrul.

‘ Tak lepak dengan kawan-kawan awak ke?’ Anis memulakan topik tanpa rasa segan.

‘ Tak, boringlah pula asyik main PS aje. Sekali-sekala, nak juga buat benda lain.’ Fakhrul menjawab spontan.

‘ 13 Disember ni birthday saya. Ada buat party sikit. Datanglah. Ajak Julia sekali.’ Fakhrul mempelawa.

‘ Insyallah.’ Anis menjawab pendek.

‘ Boleh bagi nombor phone, nanti saya mesej awak alamat saya.’ Fakhrul cuba berkias.

Anis memberikan nombor telefonnya pada Fakhrul. Hati Anis gembira berbunga-bunga apabila Fakhrul meminta nombor telefonnya.

‘ Happylah kau!’ Julia tumpang gembira apabila melihat Anis gembira.

‘ Tapi, aku tak ada baju.’ Anis melepaskan keluhannya. Matanya memandang ke bawah.

‘ Tak apa. Esok aku teman kau cari gaun yang sesuai.’ Cadang Julia.

Anis mengangguk laju. Julia sangat pandai dalam memilih pakaian yang cantik dan sesuai untuk seseorang.
………………………………………………………………………………………..

Julia setuju dengan gaun yang dipilih Julia. Gaun labuh yang berwarna biru lembut yang tidak terdedah. Rambut Anis yang ikal dililit dengan kreatif oleh ibu Anis.

Malam itu, abang Julia, Hafiz. Baik hati untuk menghantar dan menjemput mereka dari parti tersebut. 

‘ Wah! Besarnya rumah si Fakhrul ni. Macam istana.’ Julia kaget melihat rumah yang begitu besar dihiasi laman yang luas serta bunga dan pokok yang menambahkan lagi seri. Anis tidak terkata apa.

Memang tidak diduga, undangan ke birthday party Fakhrul begitu meriah. Jemputannya lebih dari 300 orang. Macam dalam filem orang putih pun ada.

‘ Acara potong kek dah nak mula.’ Julia menarik tangan Anis sambil menyelit untuk berada di hadapan sekali. Fakhrul begitu kacak dan bergaya apabila mengenakan tuksedo suit. Fakhrul Hafizi mengulurkan senyuman pada Anis sebaik melihatnya. Anis membalas senyuman hambar pada Fakhrul. Di sisinya, kelihatan seorang gadis cantik yang memakai gaun hitam paras lutut.

‘ Fakhrul! Suapkan kek itu pada perempuan yang paling awak sayangi.’ Laung deejay seusai lagu ‘Happy Birthday’ selesai dinyanyikan.

Julia sudah mula mencuit pinggang Anis. Anis hanya tersipu malu.

Tanpa disangka, bukan Anis yang mendapat suapan kek dari Fakhrul. Tapi gadis itu. Gadis itu kelihatan begitu gembira. Mereka berdua berbalas pandangan dan senyuman.

Anis dan Julia mengambil minuman di meja hidang. Baru Anis hendak meneguk minuman itu, seseorang melanggarnya dari belakang. Gaun Anis basah gara-gara air yang tertumpah itu.

‘ Who are you? I don’t think we know each other.’ Kata gadis itu dengan sombong.

‘ Kami kawan Fakhrul Hafizi.’ Julia menjawab.

Gadis itu menilik Anis dan Julia dari bawah hingga atas. Dia berlalu diikuti pandangan sinis yang tajam.

‘ Anis, awak okey?’ Fakhrul menyoal.

‘ Ya, saya okey.’ Anis mengelap bajunya dengan tisu yang disediakan.

Tiba-tiba, gadis tadi datang ke arah kami dan terus memeluk pinggang Fakhrul.

‘ Sayang, penat I cari U. dekat sini rupanya.’ Lentok suaranya boleh membuatkan semua lelaki tergoda.

‘ Mila, please stop it!’ Fakhrul cuba melepaskan dirinya dari pelukan Mila.

‘ Menjengkelkan!’ Bisik Anis pada Julia. Hal itu berlaku betul-betul di hadapannya.

Mila ternyata tidak peduli dengan kata-kata Fakhrul. Baru Mila mahu mengucup pipi Fakhrul, Fakhrul terlebih dahulu melarikan mukanya. Anis dan Julia ketawa kecil melihat keadaan itu.

Perasaan cemburu mula membuak apabila melihat Fakhrul berdampingan dengan gadis itu. Dalam tengah dilamun, satu suara kasar menyapanya.

‘ Awak Anis kan?’ Anis mengangguk tanpa soal.

‘ Saya Aidil, kawan Fakhrul.’ Aidil bersalaman dengan Anis dan Julia. Tersenyum lebar Julia, tidak menyangka bahawa lelaki yang diminatinya berada di sini.

‘ Kau orang boraklah, aku nak pergi sana.’ Anis berlalu apabila melihat reaksi Julia. Mungkin Julia dan Aidil perlu berdua untuk lebih mesra.

‘ Mana Julia?’ terkejut Anis apabila Fakhrul menyoalnya secara tiba-tiba dari belakang.

‘ Dengan Aidil.’ Jawab Anis pendek. Anis segan dengan Fakhrul. Anis fikir, perasan Fakhrul sama sepertinya. Rupanya, dia hanya bertepuk sebelah tangan.

‘ Dah makan?’ 

Anis mengangguk.

‘ Minum?’

Anis mengangguk lagi.

‘ Awak kenapa? Tak nak borak dengan saya ke?’ Fakhrul menduga.

Anis mengeleng.

Fakhrul menarik tangan Anis ke swimming pool. Fakhrul mempelawa Anis duduk di tepi kolam.

‘ You look pretty Anis.’ Fakhrul melafazkan dengan ikhlas. 

Anis mencebik.

‘ Awak kenapa? Ada masalah ke?’ Fakhrul cuba menduga lagi.

Anis hanya diam tanpa kata.

‘ Sayang, kenapa?’ Fakhrul memandang tepat anak mata Anis. Perkataan pertama itu membuatkan Anis terpaku seketika.

‘ Sayang! Awak fikir saya ni apa?!’ Anis berang apabila Fakhrul cuba mempermainkannya kali kedua setelah dia perasan sendiri.

‘ Salah ke saya sayang awak?’

‘ Of course salah! Awak dah ada Mila!’ Terluah juga rasa sakit hatinya pada Fakhrul.

‘ Awak ada nombor saya, tapi awak tak call, mesej. Awak hanya mesej alamat awak. Itu aje. Lepas itu, awak bagi kek..’ Kata-kata Anis terhenti di situ apabila ianya disampuk oleh Fakhrul.

‘ Saya bagi kek pada Mila.’ Fakhrul menyampuk laju.

‘ Player! Sanggup awak mainkan perasaan saya. Saya akui saya ni lurus bendul. Tapi, awak tak patut ambil kesempatan!’ Anis bangun dan meninggalkan Fakhrul termangu sendirian. Anis tidak peduli sewaktu Fakhrul cuba menghalangnya dari pergi.

………………………………………………………………………………………

Sudah hampir 3 minggu Anis tidak menjawab panggilan dari Fakhrul. Masanya dihabiskan bermain dengan kucing tersayangnya. Petang itu, Anis dan Julia ke pasaraya berdekatan untuk membeli-belah.

Anak matanya tertumpu pada seorang lelaki yang cukup dia kenali, bersama seorang gadis yang juga dia kenali. Mereka kelihatan begitu mesra. 

Mila memeluk erat lengan fakhrul sebaik dia mengetahui bahawa Anis sedang melihat mereka berdua. Mila menghadiahkan senyuman sinis pada Anis.

‘ Tak payah pedulilah dengan si Mila tu. Dia fikir dia lawa?’ Julia cuba menenangkan Anis yang kelihatan berang.

Anis hanya diam mendengar kata-kata Julia.

…………………………………………………………………………………………..


Setelah selesai mandi dan mengeringkan Timmy, Anis menghempaskan tubuhnya ke katil. Timmy juga ikut duduk di atas katilnya.

‘ Timmy, kenapa aku suka dekat si Fakhrul tu?’ Anis sering berkomunikasi dengan Timmy jika tiada Julia.

‘ Semua salah kau! Kalau kau tak hilang dan pergi pada dia, mesti aku tak kenal pun siapa dia!’ anis menghela nafas panjang.

Timmy hanya mengeluarkan bunyi ‘ Meoww!’

‘ Tapi tak mengapa, aku tetap sayang kau!’ Anis memegang Timmy dan menimangnya.

Anis mencapai tuala mandinya apabila badannya mula rasa melekit. Seusai mandi, Anis menuruni anak tangga satu persatu untuk ke tingkat bawah.

‘ Qiela, berapa kali kakak cakap, jangan jadikan Timmy budak perempuan. Buka gaun itu.’ Anis mengeleng kepalanya seraya berlalu ke dapur untuk mengisi perut.

‘ Kakak, ada orang.’ Qiela melaung dari ruang tamu.

Tetamu itu adalah Fakhrul. Apa lagi yang dia nak?!

‘ Lama tak dengar khabar, sibuk sangat ke?’ Fakhrul memulakan bicara.

Anis hanya memandang sambil bersandar di pintu dan memeluk tubuh. 

‘ Saya tahu awak marah. But, please..talk to me.’ Fakhrul menyandarkan tubuhnya di tembok beranda rumah Anis.

‘ Awak nak saya cakap apa?’ Anis pura-pura tidak mengerti.

‘ Dahlah, saya penatlah! Better awak balik.’ belum sempat Anis hendak menghempas pintu, tangan Fakhrul lebih laju menolak daun pintu.

‘ Tolong dengar penjelasan saya.’ Fakhrul merayu. Hampa, Anis masih dengan egonya. Daun pintu ditutup kuat.

………………………………………………………………………………………….

‘ Kau salah tentang Fakhrul, Anis.’ Aidil bersuara sewaktu dia terdengar perbualan antara Julia dan Anis.

‘ Apa yang salah?’ Anis mempertahankan diri.

‘ Kau tahu tak, Fakhrul suka kau! Bukan Mila!’ 

‘ kalau Fakhrul suka aku, kenapa dia beri kek birthday dia pada Mila? Dan kenapa dia kelihatan begitu mesra dengan Mila?!’ 

‘ Sebab dia hormat Mila sebagai kekasih dia. Fakhrul tak akan jalinkan hubungan dengan perempuan lain selagi dia masih ada kekasih. Tapi, dalam diam dia suka kau.’ Terang Aidil panjang lebar.

‘ Peliknya si Fakhrul tu.’ Sampuk Julia.

‘ Kalau tension, Fakhrul selalu lepak kat pantai depan tu. Kau pergilah cari dia dekat sana.’ Jelas Aidil.

………………………………………………………………………………………….

Petang itu, Anis ke pantai yang dinyatakan oleh Aidil. Anis turut membawa Timmy sebagai teman. 

Anis berdiri di hadapan Fakhrul yang sedang duduk di atas batu. 
‘ Saya nak minta maaf.’ Pinta Anis.

‘ Aidil dah beritahu semuanya.’ Sambung Anis lagi.

‘ Saya dah putuskan hubungan saya dengan Mila 4 hari lepas.’ Fakhrul bangun dan berdiri di atas batu. 

Tanpa disedari, terdapat kucing putih yang mengesek tubuhnya pada Fakhrul. Fakhrul mengambil kucing tersebut dan memeluknya erat.

‘ Awak tak pernah cerita pun yang awak ada kucing juga.’ Anis terkejut melihat Fakhrul yang kelihatan begitu menyayangi kucingnya. 

‘ Awak tak pernah tanya.’ Fakhrul menjawab.

‘ Apa nama dia?’ 

‘ Tina.’ 

‘ Timmy..Tina..’ Anis menyebut nama kucing milik Fakhrul dan miliknya.

‘ Nama mereka dekat dekat-dekat.’ Anis sedikit teruja. Tina juga adalah kucing parsi, tapi berbulu putih.

‘ Itu maknanya, kita ada jodoh.’ Fakhrul berjenaka. Anis ketawa mendengar tanggapan Fakhrul. Anis mengusap lembut tubuh Tina.

Anis dan Fakhrul melepaskan kucing masing-masing.

Fakhrul menggengam erat tangan Anis. Mereka berjalan di sepanjang pesisiran pantai. Timmy dan Tina kelihatan berjalan beriringan di depan mereka.

‘ Awak perasan tak, disebabkan Timmy, kita rapat macam ni.’ Fakhrul melontarkan pandangannya pada Timmy. 

‘ Ye la, kalau Timmy tak hilang masa itu, mesti kita tak kenal.’ Anis tersenyum lebar. 

Fakhrul berhenti berjalan. Pandangan mereka bertaut, Fakhrul mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Bekas merah tersebut dibuka. Ianya rantai silver yang tertulis AF. Gabungan nama Anis dan Fakhrul.

‘ Will you be mine?’ Fakhrul melutut sambil tersenyum.

Anis sudah tersipu-sipu malu, tiada lafaz yang mampu diucapkan selain anggukan kepala tanda setuju. Fakhrul bangun dan memakaikan rantai tersebut di leher Anis.

Masih kekal lagi di ingatan Anis. Betapa miangnya dia sewaktu meninjau Fakhrul di rumah sebelah.


-THE END-