‘zana! Teman
aku pergi toilet sekarang jugak…wa mau buang semua air dalam perut gua…!!
Cepatlah zana..’ jerit Puteri Farah atau Puteri sebaik sahaja masuk ke
kelasnya…bukan main selamba minah nie..satu kelas dengar..biasanya kalau
pagi-pagi..budak lelaki berpeleseran kat koridor…dari kelas 1st sampai ke kelas
last..port diorang tempat yang sama.
Budak lelaki
yang mendengar semua ketawa terbahak-bahak. Ada juga suara sumbang yang
memerli..rizal yang turut melepak di koridor menarik pergelangan tangan
puteri..
‘puteri..perangai
tu senonoh sikit..semua orang dengar tahu tak?’ tegur rizal beserta keluhan.
‘ rizal..kalau
awak nak membebel..sambung kejap lagi eyy..saya tak tahan nie..’ lantas menarik
tangannya dari pegangan rizal yang menghalang perjalanan nya ke toilet..
‘tapi saya ada
benda nak cakap kat awak nie..’ kata rizal separuh kuat..nampaknya tidak
diendahkan oleh puteri..
‘kau
nie..sopan lah sikit dengan rizal tadi..dia cakap elok-elok dengan
kau..jawablah baik-baik..sengal betul lah kau nie…’ nasihat zana sesampainya di
toilet..
‘ zana..aku
tak tahan tau tadi..so aku ajaklah kau..tibe-tibe si rizal tu muncul
apekehalnya..’ jawab puteri selamba sambil membetulkan bajunya sekolahnya..
‘memanglah
rizal muncul..yang kau cakap kau nak kencing sampai satu form dengar
pehalnya..’ jawab zana dengan keluhan..zana berkawan dengan puteri dari form1
sampai form 4. sebelum nie sikap tak macam tu..apa yang merubah puteri jadi
begitu kasar macam lelaki pun tidak diketahui.
‘ehh..aku
cakap kuat yerk tadi..tak sedar pulak..haha..’ jawab puteri beserta ketawa.
Zana hanya mampu mengeleng dengan sikap rakan baiknya.
‘ mana pulak
perginya pen biru aku tadi..aku letak sini tadi..mesti mamat singai nie yang
ambik..’ kata puteri bermonolog sendirian sambil menuduh Zikri yang mengambil
pennya..zikri memang suka mengambil barang puteri tanpa meminta izin..
‘woi
zikri..bak sini pen aku..’ jawab puteri kuat..
‘kejaplah aku
nak pakai..’ jawab zikri selamba. Puteri lantas menarik rambut zikri dari
belakang..
‘ ko nak bagi
ke tak nak..aku humban kau tepi longkang tu kang..cepat bagi..’ herdik puteri
selamba..zikri yang mungkin terasa dengan kata-kata kasar puteri lantas
memberinya..rizal yang melihat tingkah laku puteri hanya mengeleng dari luar
koridor..kelas rizal bersebelahan rizal yang bersebelahan dengan kelas puteri..
‘puteri! Ape
kau nie..tak baik cakap macam tu kat die..apalah yang merubah kau nie..’ marah
Zana yang sedikit kesal dengan puteri.
‘ zana..rizal
nak pergi mana tu? Dia lawan ke hari nie..?’ soal puteri kepada zana apabila
matanya tertumpu kepada rizal dan rakan-rakanya memakai jersey bola sepak hitam
berline merah..
‘yelah..tak
kan kau tak tau..pakwe kau sendiri..tulah lain kali ambik tahu sikit pasal si
rizal tu..ramai yang nak kat rizal tu tau tak?’ kata zana selepas sesi
pembelajaran tamat.
‘aku peduli
apa...’ jawab puteri teragak-agak..walaupun puteri dan rizal baru bersama 8
bulan yang lalu..tapi rizal tetap sayang pada puteri walaupun kadang-kadang dia
berkasar dengan rizal..
‘kau tak nak
jumpa rizal ke..? game dia aku dengar 2 minggu? Tak kan tak rindu kot?’ perli
zana sambil tersenyum nakal..
‘hmmm…tak
payahlah..tak ada makna nya nak rindu kat rizal tu..tapi apsal lama sangat?’
jawab puteri selamba tapi dalam hatinya meronta-ronta agar dapat berjumpa rizal
untuk hari ini..ianya menjadi kenyataan..
‘aku dengar
cikgu hamzah nak bawak diorang holiday…’jawab zana sambil mengemas begnya.
‘ow..ye ke
kenapa lama sangat..apasal rizal tak cite kat aku apa-apa.’ Jawab puteri dengan
nada sedikit gelisah..dia sedar selama nie..dia banyak berkasar dengan rizal..
‘manalah aku
taw..kau tak sedar ke puteri kalau selama nie..kau banyak berkasar dengan rizal
tu..selama nie aku tengok nie sabar je dengan kau..kau je tak pandai
menghargai..’ soal zana panjang lebar. Puteri hanya berdiam diri.
Semasa turun
dari tangga, puteri terserempak dengan rizal di depan tangga..rizal kelihatan
sedang memakai kasut.
‘ kenapa tak
bagitau ada game hari nie..?’ soal puteri mencari salah rizal.
‘perlu ke?’
soal rizal pendek..
‘perlu ke? Tu
yang awak tanya…saya nie siapa di mata awak?’ jawab puteri kecewa.
‘ yelah selama
nie..mana saya nak pergi saya akan bagitau awak..tapi apa yang saya dapat? Awak
tak kisah pown saya tengok..so saya bagitau ke tak bagitau ke..tak ada effect
pown kat awk..’ jawab rizal sinis..
‘awak
nie..dayus awak tau tak..ego..semua kat awak..’ herdik puteri.
‘hei..awak
dengar sini! Awak ego ke saya ego? tanya diri awk tu..2 minggu saya kat
Selangor..kita tak kan jumpa! awak buatlah apa awak suka..’jawab rizal
mengherdik puteri..sudah sering kali rizal diherdik begitu oleh
puteri..sekarang meletup juga kesabaran rizal terhadap puteri.
Puteri pulang
ke rumah dengan perasaan kesal. Mungkin kerana sikapnya pada rizal keterlaluan.
Tidak pernah rizal mengherdiknya begitu sekali.mujur ibu dan ayah puteri tidak
ada di rumah kerana menghadiri kenduri kahwin selama seminggu di perak. Puteri
mengajak zana untuk menemaninya di rumah. Sesampai di bilik puteri lantas
mencapai foto rizal yang diletakkan di meja kamarnya.
‘ kau nie
kenapa puteri? Dari tadi asyik belek gambar si rizal tu..’ soal zana sambil
melabuhkan punggungnya di sebelah puteri.
‘entahlah..aku
rasa bersalah kat rizal...’ Jawab puteri sambil mengesat air matanya..
‘dahlah..dia
pergi tak lama pun..2 minggu lagi dia baliklah..’ pujuk zana.
‘kau cakap
senanglah..selama nie bila dia ada dekat dengan aku..aku tak pernah pun
pedulikan dia. Tapi bila dah jauh, kenapa aku rindu kat dia..’ jawab puteri
kesal. Puteri lantas memeluk zana yang selalu memahami perasaannya..
‘ apa kata kau
try call dia..’ cadang Zana.
‘ dah..nombor
dia tak ada dalam perkhidmatan..aku rasa dia dah tak pakai nombor tu lagi dah.’
Kata Puteri kecewa.
‘ kau dah try
tanya kawan-kawan dia?’ soal Zana.
‘ dah..semua
tak tahu yang Rizal dah tukar nombor..camne die..aku tak nak lost contack
dengan dia..’ kata Puteri hampir menangis. Zana segera menenangkan Puteri dari
terus menangis.
2 minggu
akhirnya berlalu, penungguan Puteri yang bagaikan 2 tahun lamanya akhirnya
berakhir. Sekolahnya berjaya melawan sekolah menengah di Selangor. Rizal selaku
ketua pasukan menuju ke pentas dengan laungan gatal dari budak perempuan. Rizal
menjulang piala tersebut dengan senyuman.
‘ dah
menang..tak kan tak nak ajak saya keluar kot?’ kata Puteri pada Rizal dengan
senyuman terukir di wajahnya. Rizal tidak mengendahkan percakapan Puteri. Malah,
berlalu tanpa sepatah kata-kata. Puteri melaung nama Rizal, langkah Rizal
terhenti di situ.
‘ kenapa
dengan awak nie?’ soal puteri bengang. Rizal hanya mengangkat kening dengan
pandangan biasa.
‘
awak..berubah..’ kata puteri lagi.
‘ apa yang
berubah?’ soal Rizal.
‘ yela..awak
langsung tak cakap apa-apa masa nak pergi hari tu, lepastu awak balik pun awak
tak call saya..tukar nombor pun awak tak bagitau..sekarang nie awak buat bodoh
dengan saya..kenapa nie?’ luah Puteri tidak mengerti dengan sikap Rizal yang
dulunya caring dah bertukar uncaring.
‘ saya tak nak
awak! Saya nak Puteri yang saya kenal dulu..awak betul-betul berubah sejak 3
bulan nie..saya sabar dengan awak..tapi apa saya dapat?! Sampah!’ kata Rizal
sambil berlalu, Puteri kaku mendengar ayat yang keluar dari mulut Rizal.
Balik
tu..Puteri tunggu Rizal di tangga..ternyata kemunculan Rizal bukan berseorangan
tetapi dengan ketua pasukan sorak sekolahnya, Alya. Puteri terkejut tidak
terkata apa. Rizal yang perasan kehadirannya hanya memberi pandangan benci.
Malah, mereka kelihatan sangat mesra dan rapat.
‘ apa aku dah
buat sampaikan Rizal buat macam tu kat aku..besar sangat ke kesalahan aku pada
dia?’ tapi kata-kata itu hanya di luahkan dalam hatinya. Sudah 2 minggu Rizal
tidak menghubungi Puteri. Puteri ke tepi tasik, di situ lah tempatnya
menenangkan fikirannya ketika bercelaru. Rizal yang mengsyorkan aku untuk pergi
ke tempat ini. Tiba-tiba aku terlihat kelibat Rizal bersama Alya.
Puteri segera
berlalu pergi dari tempat tersebut. Pandangan yang terlalu lama membuatkan
Hatinya bertambah remuk dan sakit. Esok, cuti 2 minggu sudah bermula..maknanya
aku tak kan dapat jumpa Rizal sepanjang cuti nie. Dalam 2 minggu nie aku akan
try jadi Puteri yang dulu.
Dalam
kebosanan yang teramat sangat, tiba-tiba terlintas untuk ke kedai buku untuk
membeli beberapa buah buku. Tiba-tiba Puteri terlihat kelibat Rizal di kedai
buku.
‘ Rizal..’
tegur Puteri dengan senyuman terukir di wajah. Rizal yang mengenakan seluar
jeans dan baju T-shirt merah kelihatan sangat tampan di matanya. Rizal hanya
menaikkan keningnya sebagai respon. Reaksinya seperti tidak mengenali Puteri.
Puteri yang sebak dengan reaksi tersebut segera keluar dari kedai buku dan
menuju ke arah tasik yang selalu menjadi tempat melawan kesedihannya.
Air mata gadis
tersebut menitis setitik demi setitik. Sebelum nie, belum pernah lagi Puteri
menangis kerana lelaki. Tapi kenapa Rizal? Tiba-tiba bahu Puteri dipaut oleh
tangan seseorang.
‘ Rizal..’
kata Puteri dengan sedu-sedannya..Rizal tidak berkata apa..air mata yang gugur
dari pipi mulus Puteri segera diusap.
‘ saya..mintak
maaf kalau saya yang buat awak benci kat saya..’ luah Puteri.
‘
emm..akhirnya awak sedar jugak..tapi tolonglah saya nak Puteri yang dulu..’
pinta Rizal dengan senyuman.
‘ kenapa awak
jauhkan diri dari saya?’ soal Puteri ingin tahu.
‘ sebab saya
nak bagi awak masa untuk fikir balik kesalahan awak..’ jawab Rizal yakin.
‘ mulai hari
nie..sye janji..saya akan kembali menjadi diri saya yang dulu..’ kata Puteri
sambil mengangkat tangannya. Rizal hanya tersenyum gembira.
No comments:
Post a Comment