‘ ha qila…nie la sekolah aku..cantik tak?’ soal Ain
kepadaku dengan wajah yang agak riak. Tapi tak lah berapa nak riak, walau macam
manapun sikap si Ain nie..dia la kwan baik aku dunia akhirat.
‘emm..bole la..tapi sekolah aku lagi cantik dan lagi
besar.’ Jawabku kembali dengan muka riak juga sambil memberi senyuman cun.
‘ e’leh..’ jawab Ain dengan menyampah dan memalingkan
mukanya dari aku. Aku tak kisah sangat..tak merajuk kot.
‘emm…lepas nie kelas apa?’ soalku ingin tahu, di sekolah
baru nie..aku dapat kelas yang sama dengan Ain, 4 Al-Qurtubi.
‘ akaun..’ jawab Ain pendek sambil terus berjalan. Tiba-tiba
Ain menjerit kecil apabila dilanggar oleh seorang budak lelaki.
‘ hak’alah..lain kali jalan guna mata ye makcik, jangan
ikut sedap kaki ye nak jalan!’ tengking lelaki itu, tapi aku rase..budak laki
tu yang salah..da lah jalan berpuak lepastu tak pandang depan sebab leka
ketawa. Apa yang diorang ketawakan pun aku tak tahu.
‘ oi!!kau sape nak marah –marah kawan aku? Aku hentak
kepala kau kang tersandar kat dinding depan tu!’ jawabku selamba dengn muka
yang merah menahan marah. Aku tak boleh biarkan kawan baik sendiri ditindas
dengan mamat poyo macam nie.
‘ hei! kau budak baru ke? Aku tak pernah nampak kau
sebelum nie.’ Kata lelaki itu sambil mendekati aku.
‘ yup..aku budak baru..pahal ada masalah?’ jawabku dengan
muka yang sedikit pun tidak menunjukkan cuak.
‘ ow budak baru..dah pandai buat hal eh..kau fikir kau
sape ha?’ tengking lelaki tu. Bikin panas betul kalau orang tengking depan aku
nie.
‘ kau fikir kau tinggi, puak kau ramai aku takut arh? Kau
dengar eh..aku tak nak kau kacau kawan aku..faham!’ jawabku sambil menarik
tangan ain pergi dari tempat tu.
‘berani nya kau Qila..aku selut dengan kau..’ kata Ain
sambil menghulurkan senyuman.
‘ biasa lah aku..kau selalu ke kena kacau dengan mamat tu
ke?’ kataku untuk meminta kepastian.
‘emm..tak lah selalu..tapi kadang-kadang
adalah..tapi kan awek dia baik..tak macam dia..jahat!’ kata Ain
dengan muka semacam menyimpan dendam..tak mungkin.
Lagi satu..aku macam pernah nampak lah muka mamat
tadi..tapi kat mana ha?’ soalku pelik..sambil mataku merayau memikirkan wajah
lelaki itu.
‘kalau diikutkan satu KL kenal dia..dia pernah duet
dengan Fasha lagu hatiku milikmu. Dia ada website..kalau kau nak tahu apa-apa
pasal dia pergi kat www.Farizaquan.com..cubalah survey.’ Cadang Ain.
Tak de keje aku..baik aku survey bab berapa akan masuk
dalam exam nanti.’ Kataku selamba. Buat apalah nak tahu pasal mamat tu.
Tolonglah faham!
Sesi pelajaran akaun ternyata agak susah untuk difahami.
Tapi walau macam manapun aku kena berusaha untuk ‘tangkap’ apa yang cikgu
cakap. Lepas loceng bunyi, biasalah..aku dengan Ain keluar dari perkarangan
sekolah.
‘ sape perempuan tu? Macam tunggu someone je.’ kataku
pada Ain sambil memuncungkan mulutku pada seorang perempuan.
‘ ha..tu la Amylea..girlfriend Fariz..’ kata Ain.
‘ jap..Fariz tu budak tadi ke?’ soalku pelik dengan mata
yang ku kecilkan.
‘ ha’ah..’ jawab Ain pendek.
‘ nama bukan main cantik..tapi perangai macam setan.’
Kataku dengan wajah yang kembali merah.
Aku tak sangka kalau perempuan macam Amylea boleh dapat
lelaki yang hampeh macam tu. Memang tak dinafikan wajahnya yang agak mirip
dengan Justin Bieber membuatkan dia jadi kegilaan ramai..dalam diam, Ain pun
ada menaruh sekelumit harapan pada si Fariz yang berlagak handsome bagai nak
rak.
‘ tak baik cakap macam tu..dosa.’ tegur Ain.
‘ kau nie..bajet baik je..dah memang betul dia jahat..so
what? Kau pulak nak halang-halang aku.’ Kataku selamba. Aku pun kadang-kadang
pelik dengan perangai Ain nie.
Aku pulang ke rumah. Punat pintu automatic milik pintu
rumahku lantas ku tekan. Aku memasuki ruang rumah banglo 2 tingkat yang dihiasi
dengan laman yang begitu cantik. Laman tu dihias sendiri oleh mama. Mama suka
tumbuhan, katanya tumbuhan nie boleh buat jiwa kita tenang. Di situlah aku
selalu melepaskan tension dan kebosanan.
papa sekali lagi outstation..dah la aku nie anak
tunggal..mama pun satu cepat sangan ‘pencen’..kalau tak mesti aku boleh dapat
ramai adik.
Selepas habis solat zuhur, aku turun untuk makan dengan
mama. Aku mengenakan seluar track Cheetah dikenakan dengan baju T-shirt coklat,
rambutku yang ikal ku ikat ekor kuda.
‘ mama dah habis masak ke?’ soalku pada mama sambil
memeluk pinggang mama dari belakang.
‘ emm..dah habis dah..jom makan..tolong mama angkat bawa
kat meja depan.’ Kata mama meminta pertolongan dariku. Lauk yang mama masak memang
sedap, tak ada sape boleh challenge masakan mama. Selepas makan, aku mengangkat
pinggan mangkuk untuk dibasuh.
‘ sekolah Qila macam mana?’ soal mama sebaik aku
melabuhkan punggung ke kusyen di sebelah mama.
‘ emm..ok tak ada masalah..everything under control ma..’
kataku sambil tersenyum memandang mama.
‘ by the way..bila papa nak balik?’ soal ku lagi.
‘ papa balik besok..tadi dia call..tapi Qila masih kat
sekolah.’ Kata mama sambil matanya tidak lepas dari memandang rancangan
kesukaannya di kaca tv..Cahaya. bukan best sangat pun cerita tu.
‘ emm..okey la ma..Qila ngantuklah..nak tidur dulu..’
kataku meminta keizinan mama sambil mencium pipi mama sebelum mengorak langkah
ke bilik.
Masuk je dalam bilik aku terus menghempas tubuhku ke atas
katil. Ada 4 misscall dari Amar. Emm..malaslah nak nak call
balik..tidur lagi best. Aku melelapkan mata dan akhirnya aku dibuai mimpi
indah.
Setelah aku terbangun, aku terlihat bungkusan teddy bear
besar berwarna putih. Aku jenguk ke luar bilikku, kelihatan mama sedang berada
di luar berbual dengan seorang lelaki. Susuk tubuh lelaki tersebut cukup aku
kenali.
‘ papa!’ jeritku dari tingkat atas..aku melajukan langkah
ku ke arah papa.
‘ bila papa sampai?’ soalku sebaik melabuhkan punggung di
sebelah papa.
‘ masa Qila tengah tidur tadi..jumpa tak?’ kata papa.
‘ jumpa..thank you papa..sayang papa!’ kataku dengan
girang kerana aku tahu soalan papa itu mungkin berkaitan dengan bungkusan teddy
bear dalam bilikku tadi. Aku lantas memberi kucupan sayang pada papa.
‘ semua homework dah siap..apa aku nak buat malam nie?’
soalku dalam hati. Kebosanan mula menyelubungi diri, mama dengan papa keluar
jumpa kawan papa..bila balik pun entah.
Tiba-tiba aku terfikir tentang kata-kata Ain di sekolah
tadi. Apa kata aku try survey website mamat tu. Tanganku lantas menaip laman
web mamat tadi. Terpampang mukanya di skrin laptop APPLE putih milikku. Aku
lantas ke biodata miliknya. Aku meneliti semua tentang dirinya.
Nama : Ahma Fariz Zaquan B. Ahmad Mukhriz.
Tarikh lahir : 17-06-1994
Keturunan : kacukan inggeris(bapa) dan Melayu (ibu)
Tinggi : 178 cm
Berat : 60 kg
‘ patutlah muka macam orang putih..anak kacakukan
inggeris dengan melayu rupanya.’ Omelku sendiri, ternyata memang betul
tanggapan ku selama ini, dengan rambut yang coklat kehitaman, hidungnya yang
mancung serta warna coklat terang yang menghiasi bola matanya boleh membuatkan
mana-mana pelajar tergoda padanya, but not to me.
‘ arh! Apa aku buat nie?apsal aku survey website dia?apa
yang aku dapat?’ soalku bertalu-talu dalam hati. Tak pe lah lagipun aku just
nak tahu sebab boring. YM aku yang sentiasa on, disapa oleh Amar.
‘ salam Qila..buat apa?’ soal Amar melalui YM.
‘ nuttin’..boring lorh’ jawabku kembali.
‘ parents U mane?’ soalnya sekali lagi.
‘ diorang keluar..’
‘ emm..I think we should get back like before’ kata Amar,
aku tidak menyangka perkara itu akan dibahaskan kembali. Aku tidak membalas
apa-apa jawapan malah aku terus menekan punat log out. aku mengambil wudhuk
untuk solat isyak.
‘ Qila..papa kau pergi New York tak nanti?’
soal Ain selepas sesi pelajaran BM habis.
‘ pergi..mama aku ikut sekali..apsal? parent kau pergi
juga ke?’ soalku kembali, papa aku dan papa Ain adalah rakan kongsi, jadi ke
mana papa pergi, papa Ain akan turut serta.
‘ pergi..mama aku pun sibuk nak pergi, katanya dah lama
tak melancong, so aku tinggal sorang kat rumah.’ Kata Ain.
‘ kalau macam tu..kau tidur rumah aku..kita boleh
shopping and buat homework sama-sama.’ Cadangku sambil tersenyum.
‘ tu la yang aku fikirkan..really wonderful idea.’ Kata
Ain lantas ketawa kecil, kami akan menjalankan segala aktiviti bersama-sama.
Wow! Bestnya!
‘ apa yang kau buat tu?’ soalku pada Ain yang sedang
sibuk melayari internet menggunakan laptop milikku.
‘ saja..’ kata Ain. Aku yang sedang mengeringkan rambutku
menggunakan kain tuala lantas mendekati Ain. Emm..survey website si Fariz.
Hai..kau dah obsess dengan dia ke?’ soalku sambil ketawa.
‘ obsess tu sikit je lah..aku saje je nk tahu lebih
lanjut pasal dia..tak salahkan?’ kata Ain selamba.
‘ salah tu memang la tak salah..tapi kenapa kau berminat
sangat nak tahu pasal dia?’ soalku meminta kepastian.
‘ kenapa kau cakap macam tu?’ soal Ain, bola matanya yang
dari tadi tidak beralih dari skrin computer mengalihkan pandangannya padaku.
‘ yelah..walaupun kau dah kena ‘sound’ kat dia hari
tu..masih lagi nak tahu pasal dia..kalau aku..jangan harap’ kataku tegas,. Aku
tak tahu kenapa dengan Ain nie..obses lain macam kat mamat tu.
‘ qila..aku obses dengan dia sebab muka dia handsome, tu
je reason die..lagipun dia dah ada girlfriend kan..tapi obses-obses aku
pun..aku tak adalah sampai nak pisahkan diorang.’ Kata Ain mempertahankan diri.
‘ kalau diikutkan, Fariz tu player..walaupun Amy dah tahu
yang Fariz tu player, sayang Amy kat Fariz tak berbelah bagi tau..tiba-tiba
Friz buat dia macam tu.’ Kata Ain sambil menggeleng kepala berkali-kali.
Mulai hari ini, aku keseorangan di SMK Subang Jaya, Ain
telah berpindah ke MRSM Alor Gajah, memang sedih bila Ain pergi, lepas nie
mungkin kami dah tak serapat dulu. Dengan siapa aku nak berkawan?
‘amy..apsal dengan kau nie?’ soalku pada Amylea yang
sendirian dalam tandas dan air matanya mengalir. Kenapa dengan dia?
‘ tak ada apa-apa..’ jawab Amylea pendek dan berlalu
keluar dari tandas.
Rehat hampir habis, aku tak ada mood nak masuk kelas add
math, aku merayau ke belakang dewan bagi mengelakkan aku dilihat oleh mana-mana
guru dan pengawas. Tiba-tiba aku terdengar suatu suara, seolah-olah sedang
bergaduh, meskipun perlahan..tapi telinga aku boleh menangkap percakapan
mereka.
‘ Fariz..awak tak boleh putuskan hubungan kita macam
nie.’ Kata Amy dengan esak tangisan.
‘ pahal? ‘ soal Fariz pendek.
‘apa salah Amy? Kan bagus kalau Amy tak ada
penyakit..mesti Fariz takkan putuskan Amy.’ soal Amy kembali sambil merentap
baju sekolah Fariz.
‘ dah lah..aku dah malas lah nak ada hubungan dengan
kau. lagipun kalau aku dengan kau..tak ke mana.’ Kata Fariz selamba lalu
pergi. Langsung tak ada rasa bersalah. Mana hati perut dia?
‘ aku dah dengar semua tadi..’ kataku pada Amy setelah
Amy keluar dari belakang dewan.
‘ Qila..aku tak tahu apa nak buat..aku sayang dia..tapi
dia tinggalkan aku macam tu je.’ Kata Amy dengan tangisan.
‘ hei! tak guna tau tak kau menangis pasal dia..tak
gunalah kalau kau sayang dia tapi dia tak sayang kau..lagipun Fariz tu
player kan?’ kataku tegas. Amy hanya mampu mendiamkan diri. Tiba-tiba
wajah Amy menjadi pucat..lalu pengsan.
Amy dikejarkan ke hospital. Aku yang tidak keruan menjadi
turut risau. Walaupun aku baru mengenalinya. Esoknya di sekolah, aku memaksa
diriku untuk bersua muka dengan Fariz.
‘ pehal? Nak offer diri jadi girlfriend aku ke? Kalau nak
pergi ambik boring kat sana..isi nama..letak gambar yang cantik sikit.’
Kata Fariz selamba diikuti ketawa bersama rakan-rakannya.PANG!!..satu tamparan
hinggap di pipinya.
‘ pehal kau nie..?!’ bentak Fariz sambil mengusap
pipinya.
‘ kau tak ada hati perut ke?’ herdikku padanya.
Rakan-rakannya yang lain terdiam mendengar herdikan ku.
‘ kau borak apa nie?’ soal Fariz dengan muka aneh.
Mungkin dia belum tahu apa yang dah terjadi pada Amy.
‘ Amy..kat hospital sekarang nie..puas hati kau..kau blah
camtu je bila dapat tahu yang dia ada leukemia.’ Bentakku sambil menolak kuat
tubuh Fariz.
‘ hey! Dia dah nak mamposlah..lagipun kau fikir aku nak
sangat ke kat si Amy tu..setakat muka macam Amy tu..belambak lagi aku boleh
cari.’ Kata Fariz tanpa rasa bersalah. Malahan lebih riak.
‘hey!! sebab dia nak mamposlah..dia nak habiskan hayat
dia dengan kau..apalah salahnya kalau kau temankan dia untuk saat-saat akhir
dia nanti.’ Bentakku sekali lagi. Begitu senang dia tinggalkan orang yang dah
sayang dia sepenuh hati. Aku berlalu pergi. Malas hendak menghadap mukanya.
Esok, pihak sekolah telah bersetuju dengan cadanganku
untuk menyiarkan video clip buatan aku sendiri yang berkaitan dengan Amylea
dengan menggunakan lagu dari kumpulan Samsons ‘Kenangan terindah ’. aku
memasang video clip tentang Amylea..semuanya melihat dengan penuh sayu.
Wajah Amylea sudah tidak secantik dulu, wajahnya pucat
tidak bermaya. Aku menangis melihat penderitaan yang ditanggung Amylea. Aku
melihat reaksi Fariz. Wajahnya berubah, tampak ada perasaan bersalah dari
wajahnya.
‘Qila..macam mana Amy sekarang?’ soal Fariz.
‘ macam dalam video clip tadi..aku mohon kat kau
tolonglah habiskan saat-saat akhir Amy dengan kau..kenapa kau jahat sangat?’
soalku. Aku tidak bercadang untuk mencari pasal kali ini.
‘ aku akan habiskan masa aku dengan dia selagi hayat dia
masih ada’ kata Fariz serius.
‘ baguslah tu..’
‘ 3 minggu selepas itu, aku tak dapat lagi mendengar
tawa, wajah Amylea. Dia telah pergi meninggalkan dunia, seminggu sebelum arwah
pergi, arwah ada memberiku sepucuk surat yang bersampul biru dan
wangi. Aku membuka surat itu dan ia tertulis..
Qila…
Hari nie kita jalan sekali, bestkan jalan sambil
bergurau, tapi lagi best bila kau bagi hadiah tu, tu lah hadiah yang paling aku
tak boleh lupa. Senyuman manis kau, esok-esok bila aku dah tak boleh jalan, aku
nak kau iringi aku,masa nie aku dah tak boleh nak panggil kau macam selalu, kau
yang kena datang. Masa nie gak aku dah tak nak senyuman kau lagi dah. aku nak
AL-FATIHAH dari kau, kau bacakan untuk aku ek..sebab aku dah tak boleh baca
sendiri..lepastu, bila ada orang letak aku bawah papan, kau jangan menangis dan
cari aku sebab aku dah tak boleh tegur kau lagi...janji ye..?
Aku nak ucapkan terima kasih sebab jadi kawan aku even
kita just kawan 3 minggu, tapi tak ada sorang pun dari kawan aku yang sanggup
datang rumah aku setiap hari untuk bertanya khabar, bagi semangat kat aku,thx 4
everything Qila..kau lah kawan yang paling de best aku pernah jumpa dalam dunia
nie. Thx gak sebab selalu luangkan masa dengan aku.
Kadang-kadang Allah jarakkan hubungan kita, kemudian dia
datangkan pula dengan dugaan..puas kita mencari mana orang tersayang kita,
rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita kerinduan yang berpanjangan.
Air mataku perlahan-lahan menitis. Mungkin payah untuk
aku lupakan sebulan kenanganku bersama arwah Amylea. Esoknya, di sekolah Fariz
yang aku kenal sebagai seorang yang nampak macam tak bermasalah tiba-tiba
mengasingkan diri dengan budak lain. Fariz duduk di belakang sekali..dia
kelihatan sedih.
‘ kau ok tak Fariz?’ soalku cuba bercakap
dengannya. Fariz hanya menghulurkan pandangan lesu, rambut dia pun kelihatan
tidak terurus.
‘ entahlah..aku rasa terkilan sebab aku pernah sakitkan
hati Amy..aku tak nampak langsung kalau arwah tu sayang kat aku..aku pula buat
bodoh dengan dia.’ Kata Fariz dengan penuh penyesalan.
‘ aku rasa kau tak payahlah terlalu rasa terkilan,
lagipun masa arwah sakit dulu..kau pun jaga diakan.’
Kataku cuba menengkan hati Fariz.
Perbualan kami berlanjutan sehingga rehat kerana
ketiadaan guru. Sekarang, dah hampir 4 bulan Arwah pergi..kesedihan bersisa
sudah dihabiskan. Fariz pun dah berubah..mungkin pemergian Amy mendatangkan
seribu keinsafan pada Fariz.
‘ kau masih simpan lagi nombor telefon arwah dengan mesej
dia sekali?’ soal Fariz sejurus melihat nombor telefon Amy masih tidak ku buang
dari handphoneku.
Aku ingat lagi, 2 bulan sebelum pemergian Qila..dia ada
hantar mesej padaku..
Dulu langsung tak kenal,
Bila dah kenal..perangai makin nakal..
Moga kekal persahabatan kita walau sampai ajal.
Aku hanya tersenyum sendiri apabila terkenang kenanganku
sewaktu bersama Amy. Hubunganku dengan Fariz telah berubah menjadi yang lebih
special.
No comments:
Post a Comment