Farah
merupakan gadis yang begitu meminati segala-gala yang berkenaan Korea. Dari
lagu, drama hinggalah ke orangnya. Sebut aje lagu apa, drama apa. Semuanya
Farah tahu. Tapi, dalam ramai-ramai artis Korea. Kim Hyun Joong tetap no 1.
Macam biasa,
sebaik habis kuliah Farah akan meluangkan masa di kafe atau perpustakaan. Jika
ada assignment, wajah Farah akan terpacak dalam perpustakaan. Tapi, kalau free
wajah Farah sebaliknya akan terpacak di kafe. Masanya pula akan diisi dengan
menghadap gambar pelakon Korea di laptopnya.
‘ Wow,
handsomenya!’ Farah mula melayan perasaannya sebaik memandang wajah Kim Hyun
Joong. Matanya tidak berpaling dari memandang laptopnya. Senyuman juga tidak
pernah lengang. Inilah Demam Korea.
Telefon
bimbitnya yang berdering mematikan lamunannya.
‘ Hish..potong
betul lah.’ Farah mengeluh perlahan. Dia mengeluarkan iPhonenya dari beg sandang.
‘Annyeong-haseyo
’ Kata Farah memulakan perbualan.
‘ Wah! cakap
Korea pulak dia ni. Kim Hyun joong ni. Dekat mana tu?’ Soal pemanggil tersebut.
‘ Dekat Kafe.’
Jawab Farah pendek. Usai perbualan tamat, Farah mematikan talian.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Sedang asyik
Farah melayan Korea pujaannya. Seorang lelaki yang tinggi lampai datang
menghampirinya dari belakang. Mustaqim.
Mustaqim
membongkakkan sedikit badannya untuk melihat isi kandungan laptop Kekasihnya.
Farah.
‘ Korea lagi!’
Sergah Mustaqim dari belakang. Ketawanya terburai sebaik melihat Farah terkejut
beruk.
‘ Mus! Tak
payah nak sergah-sergah Farah lah. Duduk lah.’ Farah mengeluh perlahan. Tangan
Mustaqim ditarik supaya duduk. Farah menongkat dagu seraya memandang gambar
Korea di laptopnya. Kehadiran Mustaqim tidak diendahkan.
‘ Pandanglah
sampai bijik mata tu terkeluar. Tak akan dapat punya.’ Ujur Mustaqim selamba.
Air tin 100 Plus kepunyaan Farah diteguk puas.
Farah tetap
tidak mengendahkan kata-kata mustaqim. Tiba-tiba, Farah menjerit keriangan.
Tangannya memegang tangan Mustaqim. Air yang diminum olehnya tersembur keluar
dari mulutnya. Semua mata di kafe tersebut memandang mereka.
‘ Farah!’
Mustaqim sedikit marah dengan perbuatan Farah. Nasib baik air sejuk, kalau air
panas dah mati tersedak aku. Omel Mustaqim dalam hati.
‘ Sorry la
Mus. Tak sengaja. Sorry okey.’ Pujuk Farah seraya menepuk perlahan belakang
Mustaqim yang terbatuk-batuk.
‘ Tengok lah
ni Mus.’ Ujur Farah. Mustaqim mengalihkan pandangannya ke arah laptop.
‘ Kim Hyun
Joong nak datang KL esok!’ Kata Farah disusuli dengan nada gembira.
‘ Siapa kata
tak boleh dapat?’ Farah membulatkan matanya pada Mustaqim.
‘ Memang tak
akan dapat lah Farah. Dapat jumpa tu mungkinlah. Tapi, kalau nak dapat. Memang
tak lah.’ Mustaqim menggeleng-gelengkan kepalanya seraya melontarkan
pandangannya ke tempat lain.
‘ Mana tahu,
tiba-tiba Kim Hyun Joong minta couple dengan Farah ke?’ Farah tersenyum
sendiri.
Mustaqim
sekadar ketawa sinis.
‘ Nanti, Mus
confirm jealous.’
‘ Cuba Farah
pandang kereta Mus tu.’ Farah memandang kereta kekasihnya seperti yang disuruh.
Kereta Porshe Mustaqim sememangnya menjadi idaman farah.
‘ Kenapa?
Rosak ke?’ Soal Farah sebaiknya pandangannya dilemparkan ke arah kereta
Mustaqim di lot parkir.
‘ Tak rosak
pun. Mus benarkan Farah bawak kereta tu kalau Farah dapat couple dengan Kim
Concong tu.’
‘ Kim Hyun
Joong la.’ Farah membetulkan sebutan Mustaqim.
‘ Tak kisah
lah. Lebih kurang aje tu. ‘ Mustaqim sedikit cemburu dengan sikap Farah yang
terlalu fanatik dengan Korea.
‘ Betul?!’
Farah sedikit teruja. Jari kelingkingnya diajukan pada Mustaqim sebagai tanda
persetujuan. Mustaqim menyambut persetujuan tersebut dengan selamba.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Seperti biasa.
Usai mandi, Farah membuka laptopnya. Laman web youtube dibuka. Drama Naughty
Kiss dipilih. Drama ini sudah lama ke udara di 8TV. Tetapi, Farah tidak dapat
mengesan kehadirannya kerana tidak dapat menonton TV. Akhirnya dapat juga
tengok biarpun hanya di Youtube. Asalkan ada Kim Hyun Joong. Sanggup berjaga.
Esoknya, di
tengahari yang terik ni. Perut Farah sudah mula meragam. Walau apa pun dia
perlu keluar dari kampus untuk membeli jajan sebagai stok untuk perutnya.
‘ Farah
menyewa sebuah motosikal sebagai kenderaannya untuk membeli makanan di
Petronas. Kerana, itulah tempat yang paling dekat.
Disebabkan
terlalu lapar, Farah meluru agak laju ke dalam kedai di Petronas. Tanpa
disedari, dia terlanggar seorang lelaki. Dia memakai jeans putih diikuti dengan
kot hitam labuh. Dia juga turut memakai kaca mata hitam.
‘Aduh,
sorry..sorry..’ kunci motor di tangan Farah jatuh ke tanah.
Ketikan lelaki
itu mahu mengambil kunci tersebut, kaca mata hitamnya terjatuh. Farah
membeliakkan matanya.
‘ Kim hyun….’
Farah tidak dapat menyebut namanya dengan lancar. Sepantas kilat, lelaki itu
menekup mulut Farah dan membawanya ke Estima hitam miliknya.
Semasa di
dalam kereta, lelaki tersebut membuka kot hitam serta kaca mata hitamnya.
Memang benar. Dia KIM HYUN JOONG!
‘ Wow!
Handsomenya, putihnya muka dia. bersih pula tu.’ Puji Farah melambung-lambung.
Dia tidak mampu berkata apa-apa.
‘ Do you know
me?’ Soal KHJ.
‘ Of course,
Im your big fans.’ Farah mula teruja.
KHJ
menghulurkan senyuman penuh makna pada Farah.
‘ Ya Allah,
dia senyum! Untuk aku ke senyuman tu. Senyum lama-lama. Alah comelnya!! ’ Farah
berkata dalam hati lagi. Dia tidak percaya bahawa dia di dalam kereta KHJ. Dan
dia juga tidak percaya bahawa KHJ sedang senyum padanya. Rasa macam mimpi pula.
‘ Can I ask
for your phone number?’ KHJ tiba-tiba bersuara.
‘ Yes, why
not?’ Jawab farah gementar. Degupan jantungnya sangat laju ketika itu. Selaju
kereta F1.
‘ I will call
you later. ‘ Ucap KHJ.
‘ By the way,
what is your name?’
‘ farah.’
Farah gagap menyebabkan dia tidak banyak bercakap.
Sampai di
bilik.Farah terasa seperti di awan-awangan. Tidak percaya dengan semua ini.
Malam itu,
telefon Farah berdering, dengan langkah segera Farah menekan punat hijau
iPhonennya.
‘
Annyeong-haseyo.’ Farah kaget mendengar sebutan itu.
‘ Kim Hyun Joong?’
Soal Farah meminta kepastian.
‘ yes, that’s
me. U come to my concert tomorrow night?’ Soal KHJ.
‘ Um, I don’t
think so.’ Jawab Farah.
‘ How u can
call u are my big fan?’ Suara KHJ agak berang di talian.
‘ Nope. That’s
not what I meant. Actually, I don’t have money to go to your concert.’ Jawab
Farah jujur.
‘ It’s okay, u
just come to stadium. Call me when u arrive.’ Jawab KHJ.
Farah
mengenakan skirt labuh beserta baju t-shirt lengan panjang. Mukanya pula hanya
dikenakan mekap yang ala kadar. Sampai di hadapan stadium, kelihatan orang
berpusu-pusu untuk masuk ke stadium. Terdapat juga peminat fanatik KHJ yang
membawa sepanduk berlampu serta gambarnya.
Farah segera
mendail nombor KHJ. Seusai bicara, datang 2 orang lelaki yang yang gagah dan
berkot hitam serta berkaca mata.
‘ Awak Farah?’
Soal salah seorang dari mereka. Farah sekadar mengangguk perlahan. 2 lelaki
tersebut mengiringi Farah masuk ke belakang pentas.
KHJ sedang
bersiap sedia untuk membuat persembahan di pentas. Dia kelihatan sedang memakai
microphone.
‘ Farah, just
see my performance from this LCD.’ KHJ menunjukkan LCD di hadapannya. Dia
kelihatan tampan. Memang tak dapat digambarkan bagaimana kacaknya dia.
Persembahan
sudah mahu bermula. KHJ keluar dari belakang pentas. Sorokan yang sangat kuat
menandakan betapa Kim Hyun Joong turut terkenal di Malaysia. Kim Hyun Joong
memulakan bicaranya dengan bahasa Korea. Bagi yang faham, mereka membalas
kata-kata tersebut. Lagu pertama Kim Hyun Joong adalah Kiss Kiss. Dia
menyanyikan lagu tersebut dengan merdu sekali diikuti pula dengan tarian
serentak diiringi backup dancer dari Malaysia. Di akhir lagu Kiss Kiss, Kim
Hyun joong menyebut ‘ Ow love..’ sempat juga dia mengenyitkan matanya seraya
tersenyum manis pada penonton serta kamera.
‘ Terharunya
aku. Untuk aku ke tu?’ Farah perasan sendiri melihat kelakuan comel Kim Hyun
Joong.
‘ Macam mana
performance saya? Okey?’ Soal Kim Hyun Joong sewaktu mereka duduk berdua di
luar stadium sebaik konsert tamat.
‘ Hah! Awak
boleh cakap bahasa Melayu?’ Farah terkejut beruk dengan Kim Hyun Joong yang
tiba-tiba bertutur bahasa melayu dengan baik.
‘ Actually,
saya orang Malaysia. Saya duduk Johor. Tapi, saya berhijrah ke Korea sebab nak
cari kerja. Tak sangka pula pergi sana jadi artis.’ Terang Kim Hyun Joong
panjang lebar.
‘ Tapi, dalam
Internet tak tulis pun?’ Farah mula dibelenggu perasaan pelik.
‘ Dalam dunia
ni. Awak seorang aje yang tahu.’ Bisik Kim Hyun Joong.
Wah, tiba-tiba
rasa diri nie special..
‘ Farah..’
panggil Kim Hyun Joong perlahan.
Farah
menjungkitkan keningnya.
‘ Actually,
saya dah jatuh cinta pandang pertama pada awak. ‘ Kim Hyun Joong memberanikan
diri untuk bersuara.
Kim Hyun Joong
mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.
‘ Will you be
my love?’ Kim Hyun Joong membuka bekas cincin tersebut.
‘ Yes.’ Jawab
farah terharu.
Tiba-tiba
sahaja badan Farah bergoncang kuat seperti gempa bumi sedang berlaku di
sekitarnya.
‘ Farah!!!’
Bunyi pekikan tersebut cukup dikenalinya. Jaja Becok!
‘ Amboi! Bukan
main kau tidur. Sembil tersenyum-senyum aku tengok. Bahagia betul engkau kan!
Kau bangun mandi sekarang. Cuba kau tengok jam dah pukul berapa!’ Jaja mengomel
panjang sambil mencekak pinggang di sisi katil.
Farah tersedar
dari tidurnya yang agak panjang.
‘Alah!! Mimpi
ke?!!’ Farah memasamkan mukanya. Bantal dikepalanya ditumbuk kuat.
Farah segera
melihat jam di telefon bimbitnya. Hah!! Dah pukul 12, ni bukan lambat dah ni.
Kelas aku dah habis dah pun. Farah menjerit di dalam hati.
Farah mencapai
tuala mandi di tiang katil seraya berlari ke arah bilik mandi.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Farah
termenung sendirian di kafe. Dia menongkat dagu sambil tersenyum lebar.
‘
Assalamualaikum sayang.’ Mustaqim memulakan bicara. Dia mengambil tempat duduk
bersebelahan Farah.
‘
Wa’laikumusalam.’ Farah memberikan pandangan penuh makna pada Mustaqim.
Mustaqim
ketawa kecil melihat pandangan pnuh makna itu.
‘ Kenapa ni?
Kena rasuk ke? Senyum aje.’ Soal Mustaqim.
‘ Malam tadi,
Farah mimpi Kim Hyun Joong. Dia mintak couple dengan farah!’ Jawab Farah penuh
teruja dan gembira.
‘ Owh ye ke?
Untunglah. Tak ada tangkap gambar sama-sama ke?’ Mustaqim menyoal sambil
memerli.
‘ Jahatlah Mus
ni. Tapikan, walaupun dalam mimpi macam real tau. Muka dia kacak sangat sangat’
Puji Farah melambung-lambung.
‘ Jangan
agungkan sangat. Nanti memuja pulak.’Nasihat Mustaqim dengan penuh berhemah.
‘ Kalau dah
kacak sangat sangat tu. Confirm pembedahan plastik.’
‘ Dia operate
sikit aje.’ Farah tetap mempertahankan Kim Hyun Joong.
‘ Jom teman
Mus pergi kedai buku. Nak beli buku rujukan sikit.’ Ujur Mustaqim .
Mereka berdua
mengorak langkah beriringan ke kereta porshe milik Mustaqim.
‘ Mus tak nak
ke bagi Farah drive kereta ni.’ Soal Farah.
‘ Mus akan
tunaikan janji Mus. Biarpun couple dalam mimpi, at least hajat tu kesampaian
juga.’ Mustaqim tersenyum. Kunci keretanya diserahkan pada Farah.
Akhirnya,
Farah Berjaya memandu kereta kesayangan milik Mustaqim. Bukan senang nak pandu
kereta dia.
Lampu isyarat
merah didepan menandakan semua kereta perlu berhenti. Sementara menunggu, Farah
melontarkan pandangannya ke luar tingkap. Matanya terpaku pada sebuah van mewah
berwarna hitam dengan gambar Kim Hyun Joong disebelahnya.
Farah
menurunkan tingkap kereta, dia cuba mengamati gerangan yang berada di bahagian
belakang. Hampa, cermin van tersebut telah digelapkan.
‘Annyeong-haseyo!’
Kim Hyun Joong melambai-lambai Farah dengan cara mengeluarkan kepalanya melalui
tingkap pemandu.
Farah terpaku
lama.
Mustaqim di
sebelahnya turut pelik dengan kelakuan Farah. Dia tersenyum melihat gelagat
farah sebaik terlihat van tersebut tertulis Kim Hyun Joong.
Farah membalas
lambaian Kim Hyun Joong. Sungguh tidak disangka bahawa Farah terserempak dengan
artis pujaannya biarpun di trafiic light.
No comments:
Post a Comment