BAB 3: KHAIRUL TERIMA SURAT
CINTA?!
‘ Gempaklah semalam! Hj. Kun tiba-tiba aje buat spotchecks.
Nasib baik aku tak bawa benda terlarang.’ Perjalanan dari asrama ke kelas diisi
dengan peristiwa petang semalam.
‘ Nasib baik handphone aku tak kantoi! Kalau tak, tahun
depanlah jawabnya aku boleh dapat balik.’ sambung Khairul mengingati peristiwa
tersebut.
Sesampai sahaja di kelas, mereka duduk di tempat
masing-masing. Baru sahaja Khairul hendak meletakkan bukunya ke bawah meja. Ada sesuatu di bawah mejanya, ianya seperti, sampul surat .
Khairul mengeluarkan perlahan-lahan sampul surat pink yang bercorak hati itu. Adam,
Imtiyaz dan Syaher memandang surat
di tangan Khairul.
‘ Sejak bila pula kau main surat-surat nie? Kita ni dalam
zaman IT Khai. Dah tak main dah surat-surat ni.’ Syaher ketawa melihat cara
Khai berpacaran. Ketawannya diikuti oleh Adam dan Imtiyaz.
‘ Orang zaman sekarang nie, kalau jauh Email, kalau malas
nak call, boleh mesej. Dan kalau kau rindu kat awek kau kat luar negara, webcam
aje. Facebook, Myspace, Twitter dan lain-lain. Tak payah susah-susah hantar surat bagai.’ Sempat juga
Imtiyaz mengenakan Khairul, Khairul hanya diam mendengar perbualan kawan-kawan
baiknya itu. Malas hendak menganggu persepsi mereka.
‘ Tak cukup bajet kot. Itu yang kirim surat aje.’ Sampuk Adam diiringi ketawa
kecil.
‘ Kau orang dah habis cakap dah?’ Khairul menyoal
kawan-kawannya seraya matanya memandang Adam, Syaher dan Imtiyaz. 3 sekawan itu
mengangguk sambil menghabiskan ketawa yang masih bersisa.
‘ Sebelum kau orang merepek dengan lebih lanjut. Aku
sebenarnya tak tahu pun siapa yang kirim surat
ni pada aku. Aku datang-datang aje, tengok surat ni dah ada bawah meja aku.’ Terang
Khairul panjang lebar.
‘ Maknanya, Khairul kita ni ada secret admire lah?!’ Syaher
yang begitu teruja tidak sedar bahawa dia telah tertinggi suara. Semua pelajar
di kelas 4 Kasia memandangnya.
Khairul memberi isyarat muka supaya tidak menghebahkan hal
ini.
‘ Bacalah, teringin pula nak tahu apa yang dia tulis.’
Imtiyaz beriya membelek-belek surat
itu. Khairul segera menarik surat
itu dari tangan Imtiyaz. Khairul membuka surat
itu dengan cermat.
Hye Abang Khairul,
Thanks sebab sudi baca surat
saya. Sebenarnya saya dah lama minat
Khairul pada abang, mungkin abang Khairul tak perasan. Tapi, saya suka
tengok abang Khairul ketawa. Really cute, like baby! Saya juga suka tengok
abang Khairul main bola tampar kelmarin. Sangat bergaya! Kan bagus kalau saya dapat kenal abang
Khairul dengan lebih rapat.
From,
Someone
‘ Siapa dia ni?’ Khairul mengecilkan matanya memikirkan
siapakah gerangan orang yang mengirim surat
padanya.
‘ Tak payah ambil pedulilah Khai, biasalah admire-admire
tu.’ Adam cuba
mengusir keresahan teman baiknya itu. Khairul memandang Adam seraya mengangguk.
Tidak lama selepas itu, Pn. Surya masuk ke kelas. Khairul
segera memasukkan surat
itu ke dalam sampulnya dan dimasukkan ke bawah meja.
………………………………………………………………………………………….
KRING!! KRING!!
Loceng yang berbunyi menandakan waktu rehat telah tiba.
Seperti biasa, semua pelajar akan berpusu-pusu ke kantin termasuklah mereka
berempat.
‘ Abang Khairul!’ Khairul segera menoleh ke belakang diikuti
3 kawannya.
‘ Ada
hadiah untuk abang.’ Perempuan itu menyerahkan keychain berbentuk hati pada
Khairul.
‘ Siapa yang bagi?’ Khairul tidak menyambut pemberian itu,
sebaliknya bertanya siapakah gerangan perempuan itu.
‘ Adalah, mana boleh beritahu. Nanti dia marah kita.’ Jawab
perempuan itu tersipu-sipu.
‘ Dia kawan awak ke?’ Khairul cuba bertanya seperti polis.
Perempuan itu hanya mengangguk dan berlalu pergi seusai keychain itu bertukar
tangan kepada Khairul.
Khairul tidak mahu terlalu memikirkannya, Keychain itu
disimpan ke dalam poketnya dan mereka berlalu ke kantin.
Semasa mahu pulang dari kantin, Khairul merasa tidak selesa.
Beberapa kali, Khairul memaling mukanya ke belakang, kiri dan kanan.
‘ Kau ni kenapa Khai? Serba tak kena aje?’ Imtiyaz yang
merasai perubahan pada Khairul turut sama memandang ke belakang, kiri dan
kanan. Langkah itu diikuti juga oleh Adam dan Syaher.
‘ Entahlah, aku rasa macam ada orang tengah perhatikan aku
lah.’ Khairul akhirnya meluahkan rasa tidak selesanya pada teman-teman baiknya.
‘ Aku rasa masalah kau ni berpunca dari surat pagi tadilah.’ Adam meneka.
‘ Kau orang kena tolong aku!’ Khairul tiba-tiba bersuara
setelah lama mendiamkan diri memikirkan kata-kata Adam sebentar tadi.
‘ Tolong apa?’ Syaher yang sejak tadi mendiamkan diri
bersuara.
‘ Tolong aku siasat, siapa perempuan tu. Tolong aku?’
Khairul meminta simpati teman-temannya. Dia begitu rimas dengan keadaannya.
Sedangkan Khairul rimas dengan keadaannya dalam sehari inikan jadi artis
terkenal, lagilah rimas!
‘ Kita kan
sahabat, of course kita orang akan tolong kau.’ Imtiyaz menepuk bahu Khairul
sambil melemparkan senyuman diikuti Adam dan Syaher.
……………………………………………………………………………………….
Hari ini hari Ahad, disebabkan Sabtu bukanlah waktu yang
sesuai untuk memulakan penyiasatan. Jadi, mereka memulakan segalanya pada hari
Ahad.
Lokasi : Dorm Ibnu
Khaldun
Masa : 9.00 am
Misi : Mencari
Secret Admire Khairul!
‘ Seperti yang kita tahu, surat ini kita temui di bawah meja Khairul
kira-kira jam 7.15 pagi. Ini bermakna surat
ini diletakkan pada awal pagi sebelum kita sampai atau sehari sebelum kejadian.’
Syaher memegang surat
cinta yang diterima keluar sambil bercakap ala-ala penyiasat professional.
‘ Dalam pengetahuan aku, budak perempuan yang beri keychain
berbentuk hati pada Khairul pada waktu rehat kelmarin adalah teman suspek.’
Imtiyaz menyambung dengan begitu yakin.
‘ Kau yakin ke tu teman suspek? Entah-entah orang upahan
suspek aje.’ Adam menyoal Imtiyaz.
‘ Aku tahulah, kan
budak perempuan tu sendiri yang cakap dia kawan suspek.’ Imtiyaz menerang
panjang lebar. Adam mengangguk faham tanpa sebarang pertanyaan.
‘ Kau orang ingat tak, yang dia tulis dalam surat tu yang dia suka
tengok aku main bola tampar.’ Khairul mengingat kembali separuh isi surat yang bertulis
demikian. Mata Khairul dialihkan dari satu ke satu teman yang lain.
‘ Ingat. Kenapa? Nak cakap kau banggalah?!’ Adam membuat
andaian sendiri. Khairul, Syaher dan Imtiyaz memandang geram pada Adam.
‘ Blurlah kau ni!’ Syaher, Imtiyaz dan Khairul bicara
serentak dengan nada yang sedikit tinggi. Adam hanya tunduk membisu.
‘ Bola tampar ni aktiviti riadah kita waktu petang kan?’
Khairul cuba
mengingati peristiwa itu, 3 orang temannya menagangguk laju setelah lama
berfikir.
‘ Ini bermakna, suspek kita ni budak asrama juga’ Imtiyaz
menjawab laju. Tangannya pantas mencatat sesuatu pada buku di tangannya.
Bahan-bahan bukti:
-
pelajar form 2
-
pelajar asrama.
‘ Buat masa ni, ni aje yang kita boleh dapat. Rasa macam tak
cukup aje.’ Syaher meluahkan rasa tak puas hatinya.
‘ Esok, kita try cari orang dia.’ Khairul memberi cadangan
sambil tangannya membelek keychain dan surat
di meja belajarnya.
‘ Nak cari macam mana? Sekolah kita tu bukannya seorang dua
perempaun. Ramai!’ Adam menjawab. Dahinya berkerut.
‘ Em..pelajar asrama perempuan form 2 tak ramai, jadi
senanglah sikit.’ Khairul menjawab pertanyaan Adam setelah lama terdiam.
‘ Dan kita cari mereka berpandukan tulisan ini.’ Sambung
Khairul seraya menunjuk tulisan pemilik penulis. Adam, Syaher dan Imtiyaz
tersenyum gembira.
‘ Good Idea!’ sorak Syaher tiba-tiba.
………………………………………………………………………………………….
Sepeti yang dirancangkan, 4 sekawan itu memulakan
penyiasatan mereka. Bermula dari pagi, Imtiyaz dan Syaher telah memerhatikan
teman suspek berkawan dengan siapa. Selepas mendapat jawapan dan mencatat
segala maklumat, mereka kembali ke kelas menemui Khairul dan Adam di kelas.
‘ Kita dah dapat dah tahu siapa yang berkemungkinan hantar surat cinta pada kau.’
Syaher segera memberitahu perkara itu sebaik memasuki kelas.
‘ Siapa?!’ Laju soalan itu terpacul dari mulut Khairul.
‘ Mereka berlima. Yang duduk asrama 3 orang aje iaitu Wani,
Alya dan Mimi. Budak luar pula, Syaya[i1]
dan Amy.’ Tangan Imtiyaz menyelak-nyelak buku siasatan di tangannya.
‘ Maksudnya, suspek kita sekarang ni adalah Wani, Alya dan
Mimi.’ Adam memotong nama Syaya dan Amy dengan pen yang sudah tersedia di meja.
‘ Sekarang ni kita cam tulisan dia pula.’ Khairul memberi
cadangan.
‘ Lets do this!’ Adam berdiri dengan muka teruja.
‘ Sabarlah geng. Kita makanlah dulu, aku lapar ni.’ Tanpa
disedari, loceng telah pun berbunyi yang menandakan waktu rehat telah bermula.
3 rakannya hanya menggeleng, tanpa banyak soal mereka turun ke kantin.
…………………………………………………………………………………………..
‘ Imtiyaz, kau pergilah tanya dekat Farah pasal tulisan ni.’
Khairul meminta pertolongan. Farah yang dari tadi, tidah berhenti memerhati
Imtiyaz.
‘ Kenapa mesti dia?!’ Protes Imtiyaz. Sejak Farah mengirim surat itu, dia tidak
begitu selesa dengan Farah.
‘ Sebab dia kan
suka kau. Kau pergilah. Tolonglah aku.’ Khairul cuba memujuk dengan muka kasihan.
‘ Tapi, kenapa mesti Farah?! Orang lainlah. Aku tak
selesalah dengan dia.’ Imtiyaz masih cuba mengelak dengan cadangan
Khairul.
‘ Kau ni Im. Pergi aje lah. Bukan kita orang suruh kau
kahwin dengan dia pun. Lagipun dia rapat dengan budak aspuri form 2. Mana ada
budak lain dah.’ Syaher menjawab. Imtiyaz akhirnya mengangguk setelah agak lama
mendiamkan diri.
Imtiyaz melangkah dengan keadaan terpaksa ke arah meja
Farah.
‘ Hai Farah.’ Imtiyaz menyapa. Senyuman kelat dihulurkan
dengan kening terangkat. Tangannya spontan menarik kerusi sambil melabuhkan
punggung bersebelahan Farah.
Farah memadang Imtiyaz dengan senyuman manis yang tidak
dibuat-dibuat.
‘ Nak tanya sikit boleh?’ Soal Imtiyaz teragak-agak.
Kadang-kala pandangannya dilemparkan pada 3 orang rakannya di hujung kelas.
Dahi Farah sedikit berkerut kerana Imtiyaz tidak bertanya apa-apa.
‘ Em..kau kan
rapat dengan budak aspuri form 2.’ Imtiyaz mengerutkan dahi seraya mengetap
bibir.
Farah mengangguk faham.
‘ Kau boleh tolong aku tak?’ soal Imtiyaz tiba-tiba.
‘ Tolong apa?’ kening dijungkitkan
‘ Kau kenal tak Wani, Alya dengan Mimi?’ Imtiyaz menyoal
pasti. Ketidak selesaannya pada Farah berubah pada sebaliknya.
‘ Kenal. Wani dengan Alya tu satu dorm dengan aku.’
‘ Tak payahlah berkias-kias. Cakap aje lah, apa yang kau nak
aku tolong?’ Farah mulai rimas dengan cara Imtiyaz bercakap.
‘ Antara budak 3 orang tu. Ada tak tulisan dia macam ni?’ Imtiyaz segera
mengelurkan surat
yang dilipat empat itu kepada Farah.
Farah meneliti lama surat
itu. Sempat juga Farah membaca sedikit isi surat itu. Tapi diabaikan.
‘ Ni tulisan Mimi.’ Farah menjawab pasti. Jari telunjuknya diletakkan
di bibirnya.
‘ Kau yakin?’ Imtiyaz cuba menduga.
‘ Aku yakin seratus peratus!’ Laju Farah mengangguk.
Imtiyaz berlalu pergi seusai mengucapkan terima kasih pada
Farah atas bantuannya. Imtiyaz menceritakan segalanya pada Syaher, Khairul dan
Adam. Masing-masing membuat andaian sendiri tetapi tidak Imtiyaz. Dia leka
merenung pada Farah yang sedang membaca novel keluaran PTS.
‘ Im!’ Angan Imtiyaz terganggu oleh sergahan Khairul.
‘ Kau dengar tak apa yang
kita orang cakap ni?’ soalan diajukan apabila Imtiyaz tidak menumpukan sepenuh
perhatian pada topic yang dibualkan.
‘ Baru tadi cakap tak selesalah, itulah, inilah. Sekarang ni,
kawan kita dah sangkutlah!’ Syaher cuba memerli diiringi ketawa kecil.
Rupanya Syaher perasan apa yang ditenung oleh Imtiyaz.
‘ Eh, mana ada aku tenung dia.’ Imtiyaz cuba mengelak.
‘ Sudahlah Imtiyaz, kita kawan dari form 1 lagi. Kita orang
kenal lah kau Im.’ Sampuk Adam seraya menggeleng.
Imtiyaz hanya membisu.
…………………………………………………………………………………………
‘ Adik yang bagi surat kat
abang kan ?’
Khairul memulakan perbualan. Mereka berjumpa satu kebetulan. Mimi hanya diam
sambil menundukkan mukanya.
Mimi mengangguk perlahan.
‘ Janganlah malu. Actually abang tak kisah pun kalau Mimi
suka kat abang. Tapi, tak payahlah hantar surat .’
Khairul masih menunggu respon dari Mimi.
‘ Maaflah kalau Mimi
nampak gatal dalam surat
tu.’ Suaranya agak kelat. Khairul hanya diam. No idea!
‘ Sebenarnya, Mimi tulis surat tu bukan nak mengorat abang. Tapi, nak
abang jadi abang angkat kita.’ Minta Mimi agak malu.
‘ Em..abang tak kisah.’ Khairul menghulurkan senyuman .